15.11.10

BILA SAMPAI SERU


1. Sekarang di tanah suci Mekah dibanjiri 2.5juta lebih manusia yang ingin membesarkan Allah lantas menunaikan rukun Islam yang kelima. Dengki rasanya bila melihatkan merekay yang dijemput menjadi tetamu Allah.
2. Apapun, doaku semoga ibadah kalian diterima dan mabrur. Harap2 tidak 'mabur' (dalam Bahasa Jawa mabur bererti terbang..)
3. Teringin sangat nak ke sana. Ya Allah, izinkanlah kami.
4. “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

15.7.10

KONSERT MAHABBAH GAZA



foto oleh: firdaus mahadi
1. Subhanallah! konsert ini sangat memberi kesan kepada diriku. sangat bersyukur kerana Rabbanmi mengajak kami untuk bersama-sama menjayakan Konsert Mahabbah Gaza di Stadium Malawati Shah Alam. Seronok sebab dapat nyanyi 'Patah Hati' dan lagu baru 'Pahlawan Gaza'. Seronok sebab dapat berukhuwah bersama teman-teman nasyid yang lain - Rabbani, Raihan, Nowseeheart, Inteam dan Ummul Qura.
2. Aku juga terharu kerasna dapat peluang untuk menemuramah ketua misi Bantuan Ke Gaza iaitu Ustaz Nurazman Shamsuddin di atas pentas itu.
3. Teringat ketika beberapa jam konsert nak mula, aku sempat berlari meredah hujan dengan Che Am menuju ke sebuah shopping complex utk membeli brg keperluan seperti kettle dan instant coffe! Ahaks! Kelakarnya..
4. Malam itu dapat memungut sumbangan sebanyak RM27ribu (malah difahamkan kutipan keseluruhan adalah melebihi nilai itu!) Alhamdulilah. Tapi sedih bila pastu ada orang pertikaikan ke mana perginya sumbangan itu.. "ntah2 dah habis tak sampai ke Gaza pun.." kenapa orang kita leh fikir macam tu?
5. Konsert ini ada penaja, so kutipan derma tu memang direct pergi ke Gaza sebab selepas ini akan ada satu lasgi konvoi ke sana. Ya Alah sampaikanlah hajat dan bantuan kami pada saudara kami di sana.
6. saya terdengar soseh-soseh tentang warga HALUAN terus berdiam diri selepas selesai konsert. Takde khabar berita, sekurang-kurangnys mengucapkan terima kasih kepada penganjur. Hmm betul ker?

9.7.10

Keretaku Sakit!




1. Keretaku yang aku namakan Didi eksiden! Yang peliknya, bukan kerana langgar orang or kereta orang! Tapi kerana rim tayarku patah tiba2!
2. Orang bengkel, polis dan org insuran pun tak faham macamana leh jadi macam tu. Lainlah kalau terlanggar lubang, mungkin tayar leh pecah. Ni tetiba rim plak patah. Alhamdulillah xda apa-apa kecederaan. Masa tu Syeikh, kawan baikku yang drive seorang diri. Dia jenis yg tak cepat panik, so dapat handle n tarik handbrake. Kalau tak, leh tercampak dalam gaung..
3. So sekarang ni Didi tgh dok dlm bengkel menunggu untuk dibaiki. Kena tunggu urusan insuran selesai baru boleh mula.
4. hmm.. rindunya.. rasa cam patah kaki bila takde kenderaan nih.. susah nak gerak sana sini..doakan semuanya ok ye!

3.5.10

Ustaz Shahir


1. "Ustaz Shahir" adalah gelaran yang diberikan oleh keluarga AF8. Mungkin dek kerana karakternya yang nampak alim dan pemalu itu.
2. Ketika aku dan teman-teman Saujana sedang dlam PWTC untuk AIM, aku dapat SMS mengatakan Shahir tersingkir minggu ini. Ada yang sedih, ada yang redha, mungkin ada yang gembira (??)
3. Aku pernah terbayang-bayang kalaulah Saujana dapat feature dalam Diari or Konsert dan membawakan salah astu lagu Saujana daripada album Nota Cinta. Tapi nampak gayanya tak kesampaian.
4. Walaupun begitu, aku yakin Shahir dapat mengutip sangat banyak ilmu sewaktu berada di Akademi. Ilmu yang tak semua orang dapat. Tahniah. Jangan putus harapan, teruskan mencari ilmu itu...
credit photo to astro

20.3.10

Tahnia Adik2ku! Tahniah JAKIM!

1. Aku singgah kejap Masjid Wilayah nk tinjau2 siaran langsung Adik2ku final bersaa Frizdan. Us Nabil yg jemput Frizdan. Aku drive je hehe.
2. Nk cari paking je susah. Dh penuh cam terawih bln Ramadhan. So aku menjangkakan mmg ramai dtg.
3. Bila kami masuk dlm dewan, mmg ramai penonton yg datang! Meriah dgn sokongan kpd adik2 finalis.
4. Terdetik dlm hati, terharu bila tgk pgrm Islamik dpt sambutan meriah sebegini. So sapa kata pgrm mcm ni xleh meriah2?
5. Pepepun tahniah pada penerbit dan team JAKIM. Moga lps ni dpt byk tajaan dan bajet utk bangunkan program murni utk rakyat Malaysia..

4.3.10

Meow!

Welkam to my place.. Hmm mgkn itu yg nk dikatakan kucing bersama 2 ekor anaknya dlm spinner washing machine aku. Adus! Kt situ pn jadik ke? Asal aku dok dkt je dia mula bunyi2 garang dia. Habih tu cmana aku nk basuh baju? Meow!

24.1.10

Imtiyaz (Nahrim) Naib Johan Pertandingan Lagu Dakwah Kementerian Sumber Asli
Demi Matahari! Hu hu riangnyaa..
Nahwan Nur (UPM) ~ Johan Festival Nasyid Peringkat Negeri Selangor
1. Kumpulan Imtiyaz merupakan anak-anak didik dari Institut Hidraulik Kebangsaan (NAHRIM) yang telah kulatih selama seminggu (aiyyoo) untuk menyertai pertandingan Lagu Dakwah Kementerian Sumber Asli. Alhamdulillah, walaupun singkat waktunya, mereka tetap berjaya membawa pulang title Naib Johan pertandingan tersebut. Next time, kita bagi lagu baru ya! Kita kasi 'up' skit jadi Johan plak!
2. Yang baju oren ni adik-adikku dari Nahwan Nur (UPM) yang memang ku kagumi sejak dari sekolah lagi.. This time aku diberi peluang untuk tolong2 (walaupun skejap) untuk Festival Nasyi Peringkat Negeri Selangor. Alhamdulillah... Johan! Tahniah guys!
3. Bagi aku, untuk pertandingan sesebuah kumpulan perlu 'outstanding' daripada banyak-banyak grup yang join. Kalau tidak, juri takkan perasan grup kita... Niatkan utk buat yang terbaik, bukannya niat nak menang jer. Yan penting, sapa buat yang terbaiklah akan menang..
4. Selepas ini, Nahwan Nur akan mewakili Selangor ke peringkat Kebangsaan pulak. Semoga berjaya.

Eik? Tajuk Drama Jadi Restoran?


Wahh.. bangga tul orang Bestari Jaya, Selangor (aka Batang Berjuntai) bila nama Restoran kat sini sama cam dalam Drama kat TV3 tu ~ Alif Firdaus. Aku trus MMS gambor ni kat pengarah drama tu, Rashid Sibir dan dia terkejut melihatnya. Kebetulan, nama ni adalah sempena nama anak lelaki kesayangannya.. Hmm sapa dulu nih? Pepepun, gambar ni diambil sewaktu dalam perjalanan pulang dari UNISEL menyaksikan Festival Nasyid Peringkat Negeri Selangnor.

10.1.10

Jangan Pandang Belakang?


1. Filem yang menarik! Tapi kita taknak citer pasal filem nih... This is about tahun 2010 dan yang bakal mendatang.
2. Ada banyak azam aku tahun 2009 yang tercicir. Tidaklah seteruk tak buat langsung... Cuma tak 100% dipenuhi. So tahun 010 ni terpaksa guna istilah akaun 'account brought forward' atau baki akaun bawa ke depan' supaya dapat dipenuhi.. hi hi
3. Antara yang aku tak puas hati adalah performance disiplinku yang tidak menentu. Time management yang kucar lanar (bak kata org Klate). Aku masih lum dapat melaksanakan sistem 'checklist' dengan baik.
4. Satu lagi adalah kes jodoh. Perkara yang aku tanya, dan orang ramai pun tanya gak! huhu.. Memang la di tangan Tuhan, tapi kita gak kena usaha. Masalahnya, cemana nak start? Kita nak cari pasangan hidup, bukan suka2 setaun dua je tau!
5. Bab finance, tahun 2009 agak better dari tahun2 sebelumnya. Tapi masih blum terancang dengan baik. Perlu penelitian.

6. Setakat 10 hari di tahun 2001 ni, aku lum nampak perubahan. Cuma perlu tanamkan azam, kuatkan semangat dan mantapkan iman! Aku ingat nak gi bercuti sambil plan rancangan tahun 2010 ni tapi x sempat laks.. hu hu. Tapi mana tau, dengan ilham blog harini dapat jadi titik tolaknyer?
7. Apapun, perjalanan masih jauh. Aku perlu sekali-sekala tengaok belakang untuk mencari sinar di masa hadapan. Go Suffian Amrin!