18.11.08
Nilai Antarabangsa File Melayu
"BOLEH anda kemukakan nilai atau elemen antarabangsa yang terdapat pada filem tersebut?" Demikian soalan yang dikemukakan kepada saya oleh seorang wakil daripada sebuah kementerian apabila menilai sebuah projek perfileman yang hendak dilakukan oleh seorang pengarah filem tempatan.
Tujuannya barangkali baik untuk memastikan filem Melayu yang hendak diberikan dana bantuan itu akan mencapai satu tahap antarabangsa yang pastinya akan diterima oleh masyarakat di seluruh dunia.
Pertanyaan tersebut muncul disebabkan oleh skrip yang dikemukakan oleh pengarah tersebut ialah sebuah cerita yang berlatarkan watak, suasana dan landskap yang sangat bersifat tempatan.
Tetapi filem yang hendak dihasilkan itu adalah dalam bentuk animasi digital seperti mana filem-filem animasi terkenal dan disukai ramai yang dihasilkan oleh Studio DreamWorks dan Studio Walt Disney.
Pertanyaan tersebut sebenarnya telah membuka kepada beberapa persoalan selanjutnya.
Apakah ciri-ciri atau elemen antarabangsa yang harus ada pada sebuah filem tempatan?
Malah definisi antarabangsa itu sendiri satu istilah yang agak mengelirukan apabila dikemukakan kepada sebuah produk seni seperti filem.
Apakah ukuran yang dapat digunakan untuk menentukan sebuah filem tersebut mencapai tahap antarabangsa?
Apakah sebuah filem Melayu yang menceritakan sebuah keluarga Melayu yang tinggal di kampung terpencil di Malaysia dalam suasana budaya dan adat Melayu tempatan tidak mempunyai nilai antarabangsa?
Jika begitu, bagaimana sebuah filem India seperti Pather Pancali arahan Satyajit Ray atau sebuah filem yang sangat Jepun seperti Tokyo Story oleh Yasujiro Ozu tiba-tiba dikagumi oleh masyarakat filem dunia?
Malah filem-filem tersebut kemudian mempengaruhi begitu banyak pembikin filem dari Hollywood sendiri.
Atau filem-filem yang mengangkat kisah kanak-kanak dari Iran tiba-tiba menjadi cerita yang begitu disukai oleh khalayak antarabangsa?
Bukankah kisah yang dikemukakan oleh filem seperti The White Balloon (Jaffar Panahi) atau Children of Heaven (Majid Majidi) berlatar belakang keluarga masyarakat Iran dengan lingkungan budaya tempatan dan Islam yang sangat tebal.
Bagaimanapun, filem-filem itu begitu disukai di seluruh dunia hingga membolehkan naskhah-naskhah berkenaan diberikan anugerah dan penghargaan di pelbagai festival filem dunia.
Dan jangan lupa apabila filem-filem arahan U-Wei Hj. Saari seperti Kaki Bakar, Jogho dan Buai Laju-Laju serta filem Yasmin Ahmad berjaya menarik perhatian penonton filem daripada khalayak pelbagai bangsa di festival-festival filem antarabangsa.
Dalam filem Mukhsin atau Rabun umpamanya, Yasmin hanya mengemukakan sebuah kisah yang cukup sederhana tentang keluarga Melayu dengan latar realiti masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Cukup dengan kisah yang meruntun emosi dan nilai kasih sayang sebuah keluarga tanpa menggunakan unsur keganasan, filem tersebut diterima oleh masyarakat antarabangsa.
Malah filem Jogho telah menggunakan dialek Kelantan sepenuh tetapi tetap diterima oleh khalayak antarabangsa.
Hal yang sama berlaku apabila pengarah filem dari kumpulan Generasi Kelima Pembikin Filem China seperti Wu Tianming, Zhang Yimou dan Cheng Kaige yang menghasilkan filem-filem seperti The Old Well, The Red Shorgum atau Yellow Earth.
Filem-filem ini yang telah merintis karya-karya dari China untuk dikagumi di persada filem dunia, bukan sahaja mengangkat filem China dengan subjeknya yang berkisar tentang budaya China tetapi juga kritikan terhadap tradisi serta politik negara itu.
Begitu juga filem-filem dari Gerakan Baru Pengarah pengarah filem Korea seperti Yong-Kyun Bae, Im Kwok-Taek dan Jang Sun-Woo.
Filem Why has Bodhi-Dharma Left for the East? semuanya berdasarkan falsafah, budaya dan kehidupan sami Buddha.
Filem-filem itu tebal dengan adat dan budaya masyarakat Korea.
Perhatian
Tetapi filem ini mendapat sambutan dan perhatian daripada masyarakat filem seluruh dunia, hinggakan filem-filem Korea dianggap sebagai jendela untuk melihat dan memahami masyarakat Korea.
Mungkin kita tidak pernah terfikir betapa filem kecil dari Bhutan tentang sami remaja dan pesta bola dunia boleh mendapat sambutan dan perhatian di seluruh dunia. Apa yang luar biasa pada filem itu?
Tanpa perlu membariskan filem-filem yang dikeluarkan oleh negara-negara selain Amerika Syarikat (Hollywood), kesemua filem-filem dari negara-negara tersebut mengangkat kisah masyarakat dengan latar budaya dan kehidupan tempatan untuk dikongsi dan difahami oleh masyarakat dunia.
Dan kesemua filem tersebut menggunakan bahasa tempatan dan bukan bahasa Inggeris untuk diterima oleh masyarakat dunia.
Yang menyatukan penghayatan khalayak masyarakat antarabangsa terhadap filem-filem tersebut adalah kisah kemanusiaan yang penuh emosi untuk dikongsi oleh khalayak penonton daripada masyarakat pelbagai bangsa.
Ini kerana elemen kemanusiaan yang diangkat itu akan dapat dikongsi oleh masyarakat dunia tanpa sebarang usaha menonjolkan propaganda ideologi.
Malah untuk filem-filem dari Hollywood atau Amerika sendiri, apakah nilai antarabangsa yang dimaksudkan?
Kesemua filem Hollywood masih mengambil prinsip-prinsip cerita manusia yang sama dan diulang-ulang.
Yang membezakan hanyalah pendekatan dan teknik pembikinannya.
Oleh itu elemen antarabangsa untuk sebuah filem bukan bermakna mengemukakan subjek dan cerita yang luar biasa atau memerlukan ciri-ciri tertentu atau perlu menggunakan bahasa Inggeris.
Ini kerana prinsip bercerita pada dasarnya adalah sama iaitu mengemukakan permasalahan manusia, tetapi yang membezakan sesebuah filem itu adalah kualiti pembikinannya.
Jadi kualiti filem yang dihasilkan harus menjadi keutamaan. Ini kerana filem sebagai karya seni boleh dinilai keberkesanan kualitinya pada elemen yang membentuk sesebuah filem.
Kualiti filem bukan sahaja terletak pada skrip, lakonan, pengarahan dan fotografinya tetapi yang penting adalah pemikiran yang dibawa oleh filem tersebut.
Justeru untuk filem tempatan mencapai tahap dan piawaian antarabangsa maka filem tersebut harus dihasilkan pada kualiti tertinggi.
Malah sebenarnya, lebih tempatan (local) sifat cerita filem tersebut dengan latar budaya dan adat masyarakat setempat lebih bernilai filem tersebut di kalangan masyarakat antarabangsa.
Dan tidak timbul sebenarnya isu sama ada filem itu Filem Melayu atau Filem Malaysia.
6.11.08
Tersalah Kira?
2. Kalau dalam bisnes, tersalah kira boleh membawa kerugian kepada perniagaan. Apatahlagi bila ia melibatkan kos yang besar. boleh gulung tikar!
3. Tersilap kira anak... Hmm tak tau nak kata la kalau nak kira anak pun pakai calculator. Ramai sgt ker? Still kalau tersilap kira leh membawa bala kepada keluarga..
4. Tapi itulah alasan pemimpin kita baru-baru ni bila BPR bertanyakan kes eurocopter. ini sudah melibatkan negara. Turut melibatkan duit rakyat yang dibayar melalui cukai itu dan ini. Sedihnya bila ia melibatkna beratus juta duit kita rakyat Malaysia. Nampak macam mudah sangat diorang nak bagi alasan sedangkan kalau dilihat dan ditimbang, ia adalah kesalahan mandatori.
5. Kalau dalam kelas, cikgu dah marah. Kalau dalam bisnes, kedai dah tutup.
6. Sekadar pandangan dari seorang rakyat.
28.10.08
Marilah Imarahkan Masjid
1)Baru-baru ni dah keluar semula isu orang bukan Islam mintak azan dikurangkan 'volume'nya ketika masuk waktu... Apa kita nak buat? Apa respon kita sebagai Muslim? Nak biarkan saja?
2)Itu kira ok lagi suruh pelankan volume, pahni takut-takut depa mintak azan dilenyapkan! Na'uzubillah. Kita taknak Malaysia jadi macam kat Singapura, UK dan lain-lain negara sekular yang tidak membenarkan syiar Islam yang suci ini berkumandang menandakan masuk waktu solat. Kita taknak biarkan orang bukan Islam semakin hari semakin lantang mempersoal tentang agama dan budaya kita...
3)Tapi hakikatnya kita kena sedar yang segala situasi ini berpunca dari kita juga. Segan rasanya bila azan je kuat, tapi jumlah jemaah di masjid lengang. Nak penuhkan satu saff pun susah. Time semayang Jumaat je ramai. Takpun semayang raya.
4)Teringat katta-kata Dato' Fadzillah Khamsah mengenai researchnya yang mengatakan 95% daripada respondant kajiannya TIDAK SOLAT atau tidak cukup 5 waktu sehari.
5) Marilah kita imarahkan semula masjid dan surau di kawasan kita. Pertama, kita dapat pahala jemaah dan solat di rumah Allah. Kedua, Orang luar khususnya non-muslim akan respect pada uslim yang 'kota apa yang dikata'..
19.9.08
Kawan Baek
17.9.08
Ramadhan Kareem!
12.7.08
Mcm kt Fiji x?
On the way blk KL dari KT aku singgah pantai kemasik. Subhanallah cantik! Mcm kt Fiji taw! Ok, ni result fstival nsyid smlm: 1.perak 2.perlis 3.selangor. Huhu xpe xda rzki adik2 aku.. Difhmkn ramai peserta kehilangan markah sb lagu pdg pasir yg krg elemen taranum.. Xpe, nxt year kta cr lagu mletop2 ya!
11.7.08
9.7.08
GOOD LUCK IZDAN!
hmmm 2 hari lari lagi depa akan bertanding mewakili negeri Johor dalam Festival Nasyid Sekolah Peringkat Kebangsaan di Terengganu. Mabruk! Kali ni aku pun gigih jugak turun Muo pi latih depa.. Mintak2 berbaloi usaha aku dan kawan-kawan.
15.6.08
9.6.08
Minyak oh Minyak!
Minyak Oh Minyak!
Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong di export. Tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong. Hari ini ianya USD130 – kenaikan sebanyak USD100. Hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran oleh itu lebihan USD100 boleh dianggap untung bersih. 250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi kita pulangan 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (Dua puluh tujuh bilion Ringgit).Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik Kerajaan.
Apa cerita nih? Lepas ni mesti semua harga barang naik melambung! Ada yang bertanya:
1. Kenapa nak banding harga Minyak kita dengan negara bukan pengeluar minyak? (cth Thai, Indonesia, Singapore). Kenapa tak tengok harga kat Venezuela, Arab Saudi n Arab Countries?
2. Betul ker kerajaan naikkan harga minyak sebab nak tutup cerita Pulau Batu Putih yang dikhabarkan pihak kita 'menipu' dalam CIJ The Hague?
3. Kenapa kita kena ikut sgt harga minyak antarabangsa sedangkan kita jugak untung daripada eksport minyak?
4. Rebet minyak diperkenalkan. Pahni bila harga barang semua naik, yang tambah menderita ialah mereka yang kurang keupayaan esp yg takde kereta.. Lebih menderita kan?
5. Naik pengangkutan awam. Hmm orang2 besar kita x tengok ke cemana pagi2 n ptg2 pengangkutan awam kita sesak dengan orang? Lum cerita lagi pasal jadual pengangkutan yang tidak efisyen. Lebih menderita kan?
6. Kenapa naikkan harga minyak sebelum fikirkan alternatif utk membantu rakyat? Kenap bila orang dah bising2 BARU NAK FIKIR ALERNATIF?
7. Kata bulan 8, tapi ni baru bulan 6 kan? Kenapa hari ni bincang, hari esok terus berkuatkuasa? Tapi bila cakap pasal alternatif, dalam surat khabar tulih MINGGU DEPAN baru nak bentangkan.. Kenap tak HARI ITU jugak?
Huhh.. banyak soalan. Kesian bila dengar cerita2 ramai yang kena totally ubah jalan hidup sejak minyak naik. Berenti belajar, kerja lebih kuat, catu makan, pindah rumah lebih murah dll.
25.5.08
Devotees
Goodboys! Depa ni mmg bdk2 baek dan brpotensi tinggi utk brjaya. B4 dis aku x penah pn rapat dgn dpa cuma lately je aku byk pgl halim trn audisyen itu dan ini. Hope depa brjaya truskn pjuangan sbb dpa pn masih muda. Dis pic was taken waktu sho Pentas Nasyid KEKKWA KARYAWAN d Dataran Lanai KL mlm td.
22.5.08
21.5.08
19.5.08
13.5.08
13 lagu! Itulah jumlah lagu yang aku & geng (Frizdan, Shariman NSH & Saleh Brothers) rekod backing vocalnya! Utk album Nazrey Johani : Tribute to The Zikr. Fuhh.. penat lelah akhirnya berakhir jua. Tapi syok sgt rekoding ni sebab dapat mengimbau kembali kenangan lagu2 lama yang aku dengar sejak SMAP dulu. Nostalgia sgt! Termasuklah lagu2 yg pernah Saujana nyanyikan sebelum ni seperti Suci Sekeping Hati, Antara 2 Cinta dan Airmata Keinsafan. Kalau tak salah, album ni akan berada bulan Jun akan datang selepas releasenya album Us Akhil Hayy. Utk album Us AKhil plak, aku Fiza, Pali UNIC dan Najran Saujana rekod 7 back up vocal. Thanx to Inteam Records yang memberi aku peluang bersama-sama kengkawan utk dua album ni.
Malam ni merupakan malam penutup utk kami rakam lagu yang terakhir iaitu lagu ke 13 : Suara Kebenaran. Dan yg penting, malam ni juga malam terakhir Studio Inteam digunakan sebelum segala isi ofis mereka akan berpindah ke lokasi baru esok! Kira perasmian penutup la ni.. Tapi bila cerita bab rekoding nih, aku dok berangan2 dah terbayang cemana nk rekoding utk album baru Saujana nanti.
12.5.08
Syurga kita di telapak kaki mereka. Itu bait yg biasa ternginang di telinga sejak kita kecil. Kasih ibu membawa ke syurga. Lantas memang mereka tak pernah berputus asa mencurah kasih untuk kita, anak-anaknya. Nak jadikan cerita, aku balik kampung untuk celebrate Hari Ibu di kampung! Dah lama tak balik kampung. Kesempatan yg ada time x byk show nio aku luangkan utk bertemu keluarga esp my mom. Takde hadiah letop2 pun, just singgah kat Nilai 3 cari kain ela utk aju kurung. Beli 2 pasang. 1 for mom and 1 for atok mbok (nenek belah mak). Hope depa hepi walaupun aku ak pandai memilih kain! Fuhh.. sejam dok kedai kain nk pilih2. alhamdulillah, diorang hepi. Aku gak hepi bila dapat balik kampung n jumpa makcik2 yg sekali setaun leh jumpa. Seronot! ni baru sampai dari Johor n trus dok dpn PC, tulis blog.
Saja nk appreciate this moment, this memorable moment aku dapat raikan Hari Ibu. Mak, Abang akan pastikan mak sentiasa gembira dengan anak2 mak, dan kami tak akan kecewakan lagi kalian berdua.. Cukuplah susah sedih kita dulu.. Ingat lagi pesan mak masa aku sekolah dulu.. "Jgn jadi mcm mak, sekolah tak tinggi.. hidup pun susah.." Aku ingat sampai mati, tapi sifat rendah diri tu aku jadikan teladan dan contoh. Lastly, Selamat Hari Ibu untuk semua ibu2 di luar sana.
26.3.08
aduss.. ni first keta aku eksiden! dah la masa ni on the way nak gi show kat Jengka. Dah lewat lak tu! Tapi.. uols x tengok lagi 3 bijik keta kat belakang keta aku! Ada Kelisa, Lori Toyota dan Lori Hicom! Alhamdulillah keta aku x rosak sangat. Kemek skit jer. So, we decided to proceed our journey to Jengka dan buat show yg tragis itew! hi hi.
Gambar ni kat depan umah Pak Uda aku kat Pagoh, Muar Johor bersama Mak Uda, Ijun dan anaknya Daniel. Sebelah tu Bro Shamimi dari Melaka. Nak tau? Kami bergambar dpn umah Pak Uda, dan stage show kami kat depan umah pak Uda! Ha ha dekat giler! Segak tol bebudak Sojana berbaju Melayu.. (Nasib baik aku x jumpa pakaian tradisional Jawa!)
Azadan Rabbani.. Dia banyak tolong aku kenal dunia hiburan esp nasyid. Cmana nk kenal orang, cmana nk handle program, cmana nk itu, cmana nk ini.. semuanya aku belajaq dari dia ni! We share and care together2! hi hi time aku nulih ni dia masih lagi kat Jordan dalam rangka meriki2 utk program umrah dan ziarah bersama Rabbani. Hebat! Tahun 2008 je dia wat umrah 2 kali! Gambaq ni diambil masa Saujana & Rabbani show sama kat Perkampungan Hadhari Kelantan! Kitorang curi2 jalan2 lepas rehersal..
Alalala.. tu dia segak btol Ustaz Forum Perdana kita! Ustaz Nabil dan pasangannya Suzana, manakal di sebelahnya adalah kekandanya Saiful Anwar dan pasangannya Azni. Nampak hepi je di hari walimah mereka di Beseri Perlis. Kalau dah namanya keluarga ulama', maka majlis mereka turut diserikan lagi dengan tokoh2 terkenal seperti Dato' Harun Din, hassan Din, Ishak Din dan adik beradik mereka. Nabil n Saiful anak sedara depa! Anyway, tahniah utk uols. Semoga bahagia berkekalan ke anak cucu, dunia dan akhirat. Doakan jugak utk kita na!
16.2.08
ZIANA ZAIN - DINGIN
Dingin malam yang menyelubungi
Hening sayu dalam hati
Berbicara bersendirian
Ku rasa resah
Selama dibuai rindu
Pada cinta yang terlalu
Terpendam di dalam hayalan
Kan ku leraikan impian indah
Kepadanya ku berserah
Mungkin tak daya
Ku tawan cinta yang sama
*chorus
Dinginnya getaran asmara
Sentuhan mula bermadah
Ku tak bisa juarai
Jiwa yang ku tak punya
Dinginnya bila kau berkata
Ruang buat ku tiada
Memoriku gengamilah
Biarkan aku beralah
Dalam hatiku tiada dendam
Walau impian semalam
Masih mekar dalam ingatan
Kan ku leraikan impian indah
Kepadanya ku berserah
Mungkin tak daya
Tawan cinta yang sama
oo hooo ooooo…
Ni lagu fevret terkini aku. Aku sukakan melodinya agak horror itu, selain muzik yg dasyat. Ini semua magik Azlan Abu Hassan. Tahniah! Tak lupa liriknya oleh Uchu. Welcome back Kak Ziana. Ingat dulu waktu Saujana sebumbung dengan Diva ni di bawah BMG Music...
12.2.08
19.1.08
* Nabi Adam dan Ibu Hawa diberi pengampunan setelah kian lama dibuang dari Syurga
* Nabi Idiris diangkat martabatnya (dlm Quran) dan di"letak" dalam Syurga
* Nabi Nuh dan kaumnya "safe landing" setelah Bah Besar---ada riwayat memasak sejenis "bubur" yg mengandungi kacang² dan biji²an
* Nabi Ibrahim diselamatkan Allah daripada Api Si Raja Namrud. (cerita dlm Quran)
* Nabi Yusuf diselmatkan daripada perigi buta (yg ini saya kurang pasti [dzon] buat sementara ini)
* Nabi Ya'akub mendapat penglihatan setelah menjadi buta kerana mengangis disangka anaknya Nabi Yusuf di bunuh binatang buas
* Nabi Isa diangkat ke langit
* Nabi Sulaiman diangkat darjatnya dan dianugerahkan Kerajaan
Sebesar²-besarnya --- Langit, Bumi dan Haiwan
* RASULULLAH SAW DIWAHYUKAN AYAT BERIKUT PADA HARI ASYURA MUHARRAM
: "Yang dengannya Allah mengampuni dosa dosamu yang lalu, dan juga dosa dosa yang akan datang, dan menyempurnakan rahmatNya keatasmu, dan
membimbingmu kejalan yang lurus." Surah Al Fath (48:02)
* wafatnya Saiyidina Hussien di perang Karbala
ha banyak kan? hayatilah..
10.1.08
Pas subuh aku tipon Us Asri (mentor gue..) nak tanya pasal nak cakap apa time ceramah esok? (sok ceramah kat KAFA Segambut) Yg bestnya dia sempat jugak turunkan ilmu sambil siap2 nak pegi show kat PICC. "Enta cakap le pasal sirah, pengorbanan sahabat Nabi, persaudaraan dan nyanyi2 la sikit.." Thanx Ustaz! Lantas aku menonton Siaran Langsung Maal Hijrah dari PICC..
Ekceli Majlis Sambutan tu biasa je pada aku, as usual.. Cuma satu perkara yang menarik: Tokoh Maal Hijrah 1429 - Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Dia ni memang terkenal dengan "the man behind the lenses". Susah benor nak cari gambor dia posing2. Menunjukkan yg dia ni mendahulukan tindakan dari kata2, low profile. Belajar tak tinggi mana pun, tapi niat untuk berjaya dan membantu membawa dia ke puncak. Start dari bisnes lembu je, tolong bapak dia... Jatuh bangun, tergolek bangun. La ni dia ni la Melayu paling kaya kat Mesia! Dan paling berjaya as well! Aku pernah dengor yg petua kejayaan dia dan adik beradiknya adalah taat pada nasihat ibu dan selalu balik kampung! Dia ni wajib balik kampung setiap minggu jumpa mak dia.. Dan aku penah dengor mak dia bahagi dua duit pencen arwah bapak dia untuk membantu jiran sebelah yang memerlukan! Aiyoo.. Kalau kita, itulah satu2 income selepas pencen! Tak masuk lagi kes dia sponsor anak2 tuisyen, student2 international belajar, n derma sana sini.. Itulah sebab dia ni murah rezeki.. Dan aku mula menjadikan dia idola aku. Aku meneladani sikapnya menjadi Muslim yang berjaya, Melayu yang berjasa. Tahniah Tan Sri! Kaya berjasa...
9.1.08
After today it's gonna be a new year in Islamic calendar! "satu Muharram detik permulaan.. perkiraan tahun islam hijrah..lalala" aku teringat dulu time sekolah menengah, time prep class malam aku suka dok kat meja Izu and requested him to sing this song.. sebab aku suka sgt dengar vocal dia! x salah masa tu baru form 1! Dia pun memenuhi permintaanku..
Ingat lagi lagu tu? Fuiyo kalau zaman aku sekolah dulu semua sekolah tau lagu tu. Hapal siap! Siap tau part back up2 tau.. hmm skarang dah jarang dengor..
Let's talk about our resolutions. Dah namanya pun tahun baru, itu perkara yang paling sinonim dengan tahun baru.. Tiap2 tahun orang berubah2 azam, nak itu nak ini jadi itu jadi ini.. Tajuknyer.. "Jadik ker?" (lontaran suara ala2 Guru Besar sekolah rendah..) susah tul nak realisasikan azam ni. Aku pun gitu! Dah bertahun, sama jer.. Kalau bertambah baik pun, sikit je kot. Tapi yg nyata bertambah ialah umur kita dan keremajaan yg semakin luput dimakan zaman. Badan pun cepat rasa lenguh2.. Eh, tadela setua itu! Cuma utk tahun ni rasanya 1st time aku list resolution sempena tahun baru Hijriah. Alim sangat! hu hu. Then my resolutions are:
1. Berjimat Cermat (financial goal)
2. Nak siapkan album Sojanaaa (nak jugak nak jugak!)
3. Tambah Kawan
4. Be more matured
5. More love for my family.. (luv uols!)
Seriously, tahun ni aku takkan bermewah2 mcm dulu, aku takkan jadi macam diri aku sebelum ni.. Cukup2 je tajuk dia..
Semua kena control: makan, duit, mulut...
8.1.08
Hellooo.. ada orang x? hehe. compare le sendiri tarikh aku last posting dulu. Siap ada org anto komen "sepinyaa.." aiyo sorila. dah bersawang2 baru nak nulih yang baru. Ekceli, terdetik nak nulih semula ni sebab lately aku x bizi sgt n memacam benda aku experinced after resigning from HRSB.
Colorful! Memang macam2 pengalaman aku lalui sebagai anak seni. Cuma terus terang aku ceritakan nak survive sendiri kat KL ni memang tough! (x yah gi gym pun dah tough tau! hu hu) Financially, Physically, Mentally, Friendly semua ada.. aku kena biasakan diri dengan semua cabaran ni.
Tapi aku beruntung punya teman yang baik2, sentiasa di sisi, di kanan, di kiri untuk support dan bagi dorongan. Tak kurang peminat yang doakan dan menjadi inspirasi aku untuk teruskan langkah yang tak tau bila nak berenti, bila nak samapi dan bila letihnya.. Aku pulangkan semua ni pada Allah sebab Dia yang lebih tahu bila jawapannya. Memang dari kecik dulu aku titik beratkan hal memilih kawan. Dari kecik dululah aku ingat pesan Rasulullah: Kalau berkawan dengan penjual atar, maka wangi itu akan lekat pada kita. Tapi kalau kawan dengan pengimpal besi, kita akan terasa bahang panasnya.. Aiyo, double meaning bab panas2 nih!
Ni gambo aku dengan bekas housmate aku Suhaimi Inteam. Kitorang ni memang lawak! Gambo2 ni diamik oleh Frizdan masa minum2 kat kedai mamak TTDI. Baru balik men bowling! he he.. Skarang dia dah kawin. Tak lama lagi nak jadi bapak dah. Skarang dia kembali kepada profession guru yg diimpikan itew. Selamat berjaya Mie! x sabo nak tengok baby uols! Aku teringat masa jadi Hos Festival Nasyid Kebangsaan, aku ter'laser' dia. Aku kata,"dulu kumpulan Inteam, sekarang kumpulan Innanaim!" satu PICC gelak.. sowi yer.. eh btol lah kan? uols kan dah berkumpulan sekarang..