17.11.09

Bengkel Nasyid Di SMAP Kajang




1. Baru-baru ini telah berlangsung Bengkel Nasyid dan Seni Muzik Islam di SMAP Kajang. Bidang nasyid adalah merupakan niche mereka di bawah Sekolah Kluster. Ini juga merupakan kali pertama saya meng'handle' program sebegini.
2. Antara penceramah yang dijemput: Fadzli Fareast (vokal & lagu) Ito Lara (Lirik) Jeff Hazimin (Dakwah) dan Aswad (Muzik & Perkusi) manakala teman-teman lain (Syam, Edi, Fuad) turut membantu sebagai fasilitator.
3. Abang Ito telah menyampaikan ceramah buat pertama kali dalam hidupnya! Tapi pada aku OK je. Yang penting ilmu yang dikongsi tak tentu dapat disampaikan oleh org lain.
4. Yang paling meriah part Abang Jeff berkongsi pengalaman dalam bidang dakwah dan komersial. "Kalaupun tak suka dengar nasyid, tapi jangan membenci", itulah antara kata-kata beliau dalam ceramahnya.
5. Alhamdulillah setakat ni ada gak sekolah-sekolah lain yang ingin memanggil kami nak buat bengkel sebegini. Pepehal boleh hubungi 012-2711722. Pasti menarik! Bukan cakap-cakap jer, ada nyanyi-nyanyi, gendang-gendang gak!