24.1.10

Imtiyaz (Nahrim) Naib Johan Pertandingan Lagu Dakwah Kementerian Sumber Asli
Demi Matahari! Hu hu riangnyaa..
Nahwan Nur (UPM) ~ Johan Festival Nasyid Peringkat Negeri Selangor
1. Kumpulan Imtiyaz merupakan anak-anak didik dari Institut Hidraulik Kebangsaan (NAHRIM) yang telah kulatih selama seminggu (aiyyoo) untuk menyertai pertandingan Lagu Dakwah Kementerian Sumber Asli. Alhamdulillah, walaupun singkat waktunya, mereka tetap berjaya membawa pulang title Naib Johan pertandingan tersebut. Next time, kita bagi lagu baru ya! Kita kasi 'up' skit jadi Johan plak!
2. Yang baju oren ni adik-adikku dari Nahwan Nur (UPM) yang memang ku kagumi sejak dari sekolah lagi.. This time aku diberi peluang untuk tolong2 (walaupun skejap) untuk Festival Nasyi Peringkat Negeri Selangor. Alhamdulillah... Johan! Tahniah guys!
3. Bagi aku, untuk pertandingan sesebuah kumpulan perlu 'outstanding' daripada banyak-banyak grup yang join. Kalau tidak, juri takkan perasan grup kita... Niatkan utk buat yang terbaik, bukannya niat nak menang jer. Yan penting, sapa buat yang terbaiklah akan menang..
4. Selepas ini, Nahwan Nur akan mewakili Selangor ke peringkat Kebangsaan pulak. Semoga berjaya.

Eik? Tajuk Drama Jadi Restoran?


Wahh.. bangga tul orang Bestari Jaya, Selangor (aka Batang Berjuntai) bila nama Restoran kat sini sama cam dalam Drama kat TV3 tu ~ Alif Firdaus. Aku trus MMS gambor ni kat pengarah drama tu, Rashid Sibir dan dia terkejut melihatnya. Kebetulan, nama ni adalah sempena nama anak lelaki kesayangannya.. Hmm sapa dulu nih? Pepepun, gambar ni diambil sewaktu dalam perjalanan pulang dari UNISEL menyaksikan Festival Nasyid Peringkat Negeri Selangnor.

10.1.10

Jangan Pandang Belakang?


1. Filem yang menarik! Tapi kita taknak citer pasal filem nih... This is about tahun 2010 dan yang bakal mendatang.
2. Ada banyak azam aku tahun 2009 yang tercicir. Tidaklah seteruk tak buat langsung... Cuma tak 100% dipenuhi. So tahun 010 ni terpaksa guna istilah akaun 'account brought forward' atau baki akaun bawa ke depan' supaya dapat dipenuhi.. hi hi
3. Antara yang aku tak puas hati adalah performance disiplinku yang tidak menentu. Time management yang kucar lanar (bak kata org Klate). Aku masih lum dapat melaksanakan sistem 'checklist' dengan baik.
4. Satu lagi adalah kes jodoh. Perkara yang aku tanya, dan orang ramai pun tanya gak! huhu.. Memang la di tangan Tuhan, tapi kita gak kena usaha. Masalahnya, cemana nak start? Kita nak cari pasangan hidup, bukan suka2 setaun dua je tau!
5. Bab finance, tahun 2009 agak better dari tahun2 sebelumnya. Tapi masih blum terancang dengan baik. Perlu penelitian.

6. Setakat 10 hari di tahun 2001 ni, aku lum nampak perubahan. Cuma perlu tanamkan azam, kuatkan semangat dan mantapkan iman! Aku ingat nak gi bercuti sambil plan rancangan tahun 2010 ni tapi x sempat laks.. hu hu. Tapi mana tau, dengan ilham blog harini dapat jadi titik tolaknyer?
7. Apapun, perjalanan masih jauh. Aku perlu sekali-sekala tengaok belakang untuk mencari sinar di masa hadapan. Go Suffian Amrin!