Geng BV: Frizdan, Aku dan Shariman Nowseeheart
Kenangan Malam Terakhir: Pahni tak ada dah studio ni, pindah tempat lain plak!
Tuan Producer: Saleh dan ketekunannya. Thanx Bro! MALAM PENUTUP
13 lagu! Itulah jumlah lagu yang aku & geng (Frizdan, Shariman NSH & Saleh Brothers) rekod backing vocalnya! Utk album Nazrey Johani : Tribute to The Zikr. Fuhh.. penat lelah akhirnya berakhir jua. Tapi syok sgt rekoding ni sebab dapat mengimbau kembali kenangan lagu2 lama yang aku dengar sejak SMAP dulu. Nostalgia sgt! Termasuklah lagu2 yg pernah Saujana nyanyikan sebelum ni seperti Suci Sekeping Hati, Antara 2 Cinta dan Airmata Keinsafan. Kalau tak salah, album ni akan berada bulan Jun akan datang selepas releasenya album Us Akhil Hayy. Utk album Us AKhil plak, aku Fiza, Pali UNIC dan Najran Saujana rekod 7 back up vocal. Thanx to Inteam Records yang memberi aku peluang bersama-sama kengkawan utk dua album ni.
Malam ni merupakan malam penutup utk kami rakam lagu yang terakhir iaitu lagu ke 13 : Suara Kebenaran. Dan yg penting, malam ni juga malam terakhir Studio Inteam digunakan sebelum segala isi ofis mereka akan berpindah ke lokasi baru esok! Kira perasmian penutup la ni.. Tapi bila cerita bab rekoding nih, aku dok berangan2 dah terbayang cemana nk rekoding utk album baru Saujana nanti.