28.10.08

Marilah Imarahkan Masjid



1)Baru-baru ni dah keluar semula isu orang bukan Islam mintak azan dikurangkan 'volume'nya ketika masuk waktu... Apa kita nak buat? Apa respon kita sebagai Muslim? Nak biarkan saja?

2)Itu kira ok lagi suruh pelankan volume, pahni takut-takut depa mintak azan dilenyapkan! Na'uzubillah. Kita taknak Malaysia jadi macam kat Singapura, UK dan lain-lain negara sekular yang tidak membenarkan syiar Islam yang suci ini berkumandang menandakan masuk waktu solat. Kita taknak biarkan orang bukan Islam semakin hari semakin lantang mempersoal tentang agama dan budaya kita...

3)Tapi hakikatnya kita kena sedar yang segala situasi ini berpunca dari kita juga. Segan rasanya bila azan je kuat, tapi jumlah jemaah di masjid lengang. Nak penuhkan satu saff pun susah. Time semayang Jumaat je ramai. Takpun semayang raya.

4)Teringat katta-kata Dato' Fadzillah Khamsah mengenai researchnya yang mengatakan 95% daripada respondant kajiannya TIDAK SOLAT atau tidak cukup 5 waktu sehari.

5) Marilah kita imarahkan semula masjid dan surau di kawasan kita. Pertama, kita dapat pahala jemaah dan solat di rumah Allah. Kedua, Orang luar khususnya non-muslim akan respect pada uslim yang 'kota apa yang dikata'..