21.12.09

Jalan2 Cari Makan

1. This place is Mutiara Kristal. Located in Bkt Mertajam, Penang. Segalanya tentang kambing di sini! Sebab sblh dia ada tempat bela kambing..
2. Makanan dia dahsyat! (walaupn aku cuma mkn cendawan goreng je sb da kenyang..) member Saujana yg lain order Lamb Chop, Susu Kambing Power apakebenda ntah n mcm2..
3. Suka dgn lokasinya yg damai. Jalan nk p sini mmg ceruk, tp bila da smpai mcm masuk Taman Astakona! Chantek!

17.11.09

Bengkel Nasyid Di SMAP Kajang




1. Baru-baru ini telah berlangsung Bengkel Nasyid dan Seni Muzik Islam di SMAP Kajang. Bidang nasyid adalah merupakan niche mereka di bawah Sekolah Kluster. Ini juga merupakan kali pertama saya meng'handle' program sebegini.
2. Antara penceramah yang dijemput: Fadzli Fareast (vokal & lagu) Ito Lara (Lirik) Jeff Hazimin (Dakwah) dan Aswad (Muzik & Perkusi) manakala teman-teman lain (Syam, Edi, Fuad) turut membantu sebagai fasilitator.
3. Abang Ito telah menyampaikan ceramah buat pertama kali dalam hidupnya! Tapi pada aku OK je. Yang penting ilmu yang dikongsi tak tentu dapat disampaikan oleh org lain.
4. Yang paling meriah part Abang Jeff berkongsi pengalaman dalam bidang dakwah dan komersial. "Kalaupun tak suka dengar nasyid, tapi jangan membenci", itulah antara kata-kata beliau dalam ceramahnya.
5. Alhamdulillah setakat ni ada gak sekolah-sekolah lain yang ingin memanggil kami nak buat bengkel sebegini. Pepehal boleh hubungi 012-2711722. Pasti menarik! Bukan cakap-cakap jer, ada nyanyi-nyanyi, gendang-gendang gak!

19.10.09

Di Mana Kan Ku Cari Ganti

Serupa denganmu.. Tak sanggup ku berpisah dan berhati patah hidup gelisah.. Semenjak pemergian Us Asri Ibrahim, aku seakan hilang arah. Sungguh. Dulu dialah tempat rujukan dan minta nasihat. Dia x pernah kecewakan hati teman2nya. Malah tiada siapa yg berani berckp perkara tidak baik ttg dia. Smpaikn Azadan pernah cerita, hanya dgn isyarat shj org laen sudah tahu apa dlm hati ustaz.. Aku setuju. Semenjak itu, apa kulakukan kupaksa diri agar aku x lemah dgn kesedihan.. Apa kukata kupaksa diri agar x hilang dlm kesepian.. Aku kehilangan teman baikku. Kdg2 aku rasa lemah dgn rasa ini. Aku mengeluh dgn Tuhan dan pinta dikuatkn.. Masa itulah terkadang kudengar bisikan yg seolah2 dtg dari ustaz: "Ana dah takde, ana xleh wat pepe.. Tp apa yg baek ana tinggalkn, teruskanlah.." Tuhan, kuatkanlah aku.. Teman, kuatkanlah aku..

29.9.09

Gambar ni diambil (sendiri hehe) pagi raya ke2 d Lumut, Perak. Sblm bergegas show d open house MB Perak d Pulau Pangkor.. Raya ke2 lak di Manjung. Pepepun aku sempat smayang raya kt kampung. Jmpa famili, sdara n kwn2 lama.. Seronok sgt!

2.9.09

Teruskan Perjuangan!

Pic Rabbani pform tanpa Us Asri yg dirindui.. Mcmana pn, perjuangan belia kna dteruskn. Semangatnya akn sentiasa bersama2 abg2 Rabbani dan para munsyidin. Jgn ptg smangat, moga trus kuat!

14.8.09

Mohd Asri Ibrahim (03.08.1969-13.08.2009)


1. Pagi Jummat ni terasa sendu syahdu sangat bila teringatkan pada arwah. Semalam dah habis airmata melayan kesedihan teramat bila kehilangan orang yang menjadi inspirasi ku selama ini. 40 tahun 10 hari.
2. Lepas ni, xda lagi orang yang aku akan panggil 'abuya!' setiap kali kami bertemu. sunyi la henpon aku daripada SMS arwah yang sering bertanya "nang di?" (kat mana tu?) untuk mengajak minum2 di kedai mamak malam2 hari bersama Azadan dan abg2 Rabbani.
3. Aduh menggigil, menitis airmata nk tulis blog harini.. Ya Allah beratnya ujian ni. Tapi kita kena redha kalau itu dah kehendak Tuhan. Aku tak terbayang macamana pedihnya abang2 Rabbani nak menahan sebak apatah lagi ahli keluarga arwah dengan anak-anaknya yang masih kecil.
4. Pergilah sudah seorang ustaz Asri yang aku anggap sebagai abang, mentor, kaunselor, teman sejati dan bos (kadang-kadang bila dapat job dari Rabbani).
5. "Pyan, ana percaya kat enta!" itu ungkapan kata semangat dari arwah dua kali diucap sebelum bermulanya Konsert Malam Sinar Maulidurrasul dan Konsert Antara Dunia yang lalu. Tak sangka itu konsert terakhir bagi arwah utk bersama-sama rakan-rakan lama Raihan, Rabbani dan Hijjaz.
6. Ustaz, kenapa begitu cepat ajal menjemput? Kesian kat kami ni dah hilang tempat bergantung dan minta nasihat...
7. Untuk rakan-rakan penasyid.. abgn-abangku, teman-teman munsyidin.. Jangan patah semangat k! Kita teruskan perjuangan Ustaz Asri yang tak pernah letih berbakti. Jangan putus harapan. Bersatulah atas nama Islam dan Iman.
8. Itulah Ustaz Asri yang aku kenal, tak pernah lelah berjasa sehingga hayatnya dihabiskan ketika sedang bekerja... Semoga amalanmu menjadi bekalan di syurga nanti. Wallahu Yarhamuka Ya Akhi. Al-Fatihah =(

7.8.09

VCD MALAM SINAR MAULIDURASUL 2

1. Aku br dpt ni dr Azadan. Thanx! Dapat gak tgk time boring2 kt umah. Ramai gak yg tny, dah kua ke? Hmm br je kua.
2. Teringat lak kenangan sbg Pengarah Persembahan knsert ni. 1st time, tp cukup mengujakan!
3. Yg xdpt lupa pngalan bkrjasama dgn Rabbani, siti nurhaliza, mawi, amy search, akhil hay & ustzh siti nurbhyah.
4. Dlm masa terdkt aku akn cterkn perihal Knsert Antara Dunia lak. Aku skali lg dberi amanah sbg pengarah persembhn. Best!

30.7.09

Hatrik Nasyid SMKA Maahad Muar 2009

Syukur pada Tuhan yang menciptakan, mengurniakan dan memberi rezeki dan kenikmatan. Alhamdulillah. Tidak kusangka, anak-anak (or adik-adik) didiku Izdan dari SMKA Mahaad Muar telah mencipta sejarah yang aku rasa diorang pun tak sangka-sangka utk tahun 2009 ni. Berkat usaha kuat, tekun dan taat, serta penat lelah semua pihak akhirnya berbaloi jua dengan catatan kejayaan mereka tahun 2009 ni. Utk rekod ini adalah kejayaan Izdan SMKA MAahad Muar:


1. Johan, Festival Nasyid Belia Hari Kebangsaan 2009 (Di Melaka)

2. Johan, Festival Nasyid KPM 2009 (Di Kuantan)

3. Johan, Pertandingan Nasyid Anugerah Seri Asrama Terbilang ASAT 2009 (Di KL)
Sekurang-kurangnya, ini ubat kedukaan mereka yang tak dapat pegi Kebangsaan untuk Festival NAsyid Antidadah.. Mungkin ini hikmah di sebalik kedukaan itu. Tapi kita kena ingat, ini juga mungkin ujian Allah untuk kita supya tidak meninggi diri, dan bermegah-megah dengan nikmat yang Allah beri pinjam ini. Teruskn usaha, betulkan niat,ini semua untuk agama dan mujahadah kita untuk menegakkan syiar ISLAM. Tahniah untuk Ustaz Khairuzzaman dan IZDAN (a.k.a Rayyan)

18.7.09

Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan 2009


thanx freezedone yang tolong upload gambo adik-adik aku ni...semoga dpt meng'happy'kan warga SMKA Maahad Muar. insha Allah tahun depan kita baiki lagi yer.. aku pun dah janji kat cikgu n ustazah SMAPK tahun depan aku akan turun SMAPK utk latih junior2 aku kat sana.. leh share kan? hu hu

1. Assalamualaikum! Dah lama tak update kan?
2. Saya baru pulang dari Kuantan menyaksikan Festival seperti tajuk di atas. Tahniah utk BPI KPM dan JPN Pahang yang menganjurkan program yang sebegini bagus! Secara general, persaingan amat sengit di kategori Sekolah Menengah. Semua peserta tampil dengan persembahan yang mantap dan tersendiri. Tahniah.
3. Bila keputusan diumum... beginilah hasilnya:
SEKOLAH MENENGAH:
Johan: Johor (SMKA Maahad Muar)
Kedua: KL (SMK WM2)
Ketiga: Pahang (SMK Bkt Rangin)

Lagu Tema Terbaik: Selangor (SMAP Kajang)
Lirik Tema Terbaik: Johor (SMKA Maahad Muar)
Lagu PPnP Terbaik: N9 (SBPI Jempol)
Vokalis Terbaik: KL (SMKWM2)

SEKOLAH RENDAH:
Johan: Pahang
Kedua: N9
Ketiga: Perak
4. Alhamdulillah, kumpulan Izdan dari SMKA Maahad Muar (Johor) telah ternobat sebagai Johan 2009. Untuk rekod, bulan Mei yang lalu SMKA Maahad Muar juga telah menjuarai Festival Nasyid Belia di Melaka. Tahniah buat Us Zaman dan adik-adik Izdan! Berbaloi usaha mereka selama 2 tahun bersamaku.. Apapun, itu rezeki dari Allah dan berkat usaha kalian yang tak pernah putus asa membikin yang terbaik. Chaiyok2!
5. Utk peserta-peserta lain, jgn kecewa dan putus asa. Jadikan petandingan seperti ini medan unutk berkongsi pengalaman dan ilmu serta ukhuwah sesama kalian. aku juga cukup hepi dapat lepak dan bertemu kawan2 spt Afad (Raihan), Frizdan, Fitri (Perlis), Hafiz Hamidun dan juga cikgu-cikgu SMAPK yang dah lama tak jumpa! Yang penting, matlamat kita sama. Mardhatillah!
6. Insha Allah, kalau ada masa saya akan update utk kongsi apa komen para juri tentang keseluruhan pertandingan kali ini. Sabaq naa!

13.6.09

Jalan2 Cari Makan!

1. Restoran Cheangmai d Sg Buloh dh lama kukenali sejak2 bergelar artis. Rasanya a.mujahid yg perkenalkn padaku.
2. Makanan Siam kt situ mmg ori n kow pnyer! Dgn harga yg agak memadai, boleh la pegi time2 besday or anivesary hihi.
3. Br2 ni aku ke sana bersama Zidan (syifa) dan a.ito (itolara). RM161 utk 3org! Thanx to zidan.
4. Aku suka gak bwk kwn2 g mkn2 meraikan tetamu esp utk kwn2 yg ziarah ke KL.. Nak join?

11.6.09

Festival Nasyid Peringkat Kementerian 2009

bersama DJ Zarita sebagai pengacara
di tepi pentas utama sewaktu peringkat saringan
(1) Tahniah diucapkan kepada kumpulan DG-WA yang mewakili Jabatan Perdana menteri - JAKIM kerana menjuarai Festival Nasyid Peringkat Kementerian. 5 Kumpulan telah layak ke peringkat akhir iaitu DGWA (JAKIM) At-TAqwa (JPM) Al-Zulfa dan Nurani(Kem. Penerangan Komunikasi & Kebudayaan) dan Soutun Nida (Kem. Pengajian Tinggi)
(2) Peringkat saringan telah melibatkan 11 kumpulan.
(3) Juri yang mengadili: Sdr Isman (Hijjaz) Sdr Asri Ubaidullah (Rabbani) Sdr Fadzli (Fareast) dan Prof Madya Asmak (UiTM)
(4) Markah yang diperolehi: DG-WA 83% Nurani 82% At-Taqwa 76%.
(5) Tahniah diucapkan pada para pemenang. Yang tidak berjaya jgn kecewa. Tahun depan cuba lagi ye?

29.5.09

NMI Musim Ke3 Tahun Ke6

1. Gambor di set baru Nasyid Minggu Ini (NMI) utk musim ke3. Alhmdlh pyan n sue msh maintain sbg hosnya.
2. Siarannya masih sama! TV2 JUMAAT 6PG & 2.30PTG.
3. Ada yg cdgkn supaya waktu siaran dipanjangkn jadi sejam n grafik dicantikkan lg. Dlm pertimbangan.
4. Jgn lupa tgk n vote!

28.5.09

Menangislah...

Semua nikmat yang Allah beri hanya pinjaman. Tapi kenapa kita bangga seolah-olah dunia kita yang punya? Bukankah lebih elok kita kongsi rasa dan nikmatnya dengan orang di keliling kita? I found this videoclip last year. Simple je lagu dia, tapi cukup menyayat hati. Menitis airmata bila meniti satu demi satu liriknya. "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah telah engkau dustakan?"

25.5.09

Pertandingan Nasyid

Gambor ni diambil waktu aku menjadi juri pertandingan nasyid Kementerian Kesihatan Malaysia peringkat kebangsaan di Putrajaya. Wakil Sabah telah memenangi kategori lelaki manakala Kelantan untuk kategori wanita. Tahniah!
gambor kenangan waktu jadi MC Festival Nasyid Kebangsaan 2008

20.5.09

Saujana & Inteam!

1. Gambo ni tyme kami pform kt Laman Santai Istana Budaya KL. Sempena pengisytiharan KL sbg kota budaya Islam.
2. Lama x wat sho skali dgn diorang. Tu yg seronok bila dpt jmpa!
3. Saujana lately byk pform secara akustik. Aku suka gak simple mcm tu. Kalu nk tgk, jemputla ye. Insya Allah x mengecewakn!
4. Tp aku pelik dlm pgrm kami ni ada slot Joget Lambak ramai2. Budaya Islam ke?

15.5.09

Johan Nasyid Belia Kebangsaan 2009


1. Ar-Rayyan merupakan nama kedua kumpulan nasyid dari SMKA Maahad Muar. Nama rasmi mereka ialah Izdan. Biasanya nama Ar-Rayyan digunakan untuk marhaban termasuklah nama yang digunakan ketika memenangi Marhaban di Astro tahun 2008.
2. Tahniah aku ucapkan untuk adik-adik aku dari Maahad Muar yang dibimbing oleh Ustaz Zaman. Diorang tak sangka plak dapat Johan Festival Nasyid Belia Kebangsaan. Sebab saingannya sengit.
3. Tambah mengejutkan, Ar-Rayyan turut memenangi Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik dan Lirik Terbaik. Juri yang telah mengadili pertandingan ini adalah Farihin Abdul Fattah, Siso Kopratasa, Aisyah dan wakil dari Kementerian Belia Sukan.
4.Alhamdulillah, aku tumpang gembira dan syukur sangat dapat luangkan masa tengok pertandingan ni.
6. Untuk rekod, ini kemenangan mereka untuk tahun kedua berturut-turut. Alhamdulillah
7. Tajuk Lagu: Azimat Diri
8. Credit Video to ferdowzruqman@youtube

Keputusan Akhir Festival Nasyid Belia Kebangsaan 2009 (Lelaki):
Johan: Ar-Rayyan (SMKA Maahad Muar)- Johor
Naib Johan: Soutul Jihad (SMA Persekutuan Labu) - Negeri Sembilan
Ketiga: Soul Award (SMK Gombak Setia) - Wilayah Persekutuan

Lirik Terbaik: Ar-Rayyan(SMKA Maahad Muar)- Johor
Vokal Terbaik: Ar-Rayyan(SMKA Maahad Muar)- Johor
Persembahan Terbaik: Ar-Rayyan(SMKA Maahad Muar)- Johor

13.5.09

Model Terbaru Nokia?

1. Alamak! Nokia wat sandal plak ke? Leh jalan sambil jwb panggilan or SMS?
2. Haha sbnrnya ni sandal sowang ustz yg dbeli d Mekah. Mgkn org arab saja nk hina Yahudi then buat brand2 yg diletak di kaki!
3. Ntah2 kalau g mekah ada plak sandal2 jenama Starbuck, tesco, mcD dll..

Festival Belia Murni

1. Festival anjuran Kementerian Belia Sukan ni berlangsung pd 8-10mei 09 d Mydin Mall Ayer Keroh Melaka. Besaq gila Mydin tu!
2. Aku bertugas sbg MC/DJ sepnjg 3 hari pgrm berlangsung. Best!
3. Tapi satu perkara yg x best ialah aku kehilangan suara. Teringt 2 thn lps pnah kena mcm ni gak. Sebulan xleh nyanyi!
4. Aku kuatkn semangat utk teruskn jgk walaupn sore x seperti biasa. Thanx gak pd us Asri yg bg SMS semangat.
5. Antara show artis UNIC, HIJJAZ, AISHAH & RAMLI SARIP. Slot upin n ipin pn dpt sambutan meriah esp kanak2! Ni 1st time aku jmpa maskot diorg. Pergh! Besor gila!

1.5.09

Selamat Hari Pekerja


1. Ucapan ini untuk mereka yang bekerja keras demi sesuap rezeki. Hari ini seluruh dunia meraikannya..

2. Ambillah kesempatan ni untuk diluangkan bersama keluarga, jumpa kengkawan lama ataupun muhasabah balik keje2 kita dulu. kalau ada yg kurang, cuba2 la perbaiki..

3. nak lebih murah rezeki? Cuba la amalkan solat dhuha. Senang jer.. Yang penting hayati makna doa solat dhuha: ya Allah, sekiranya rezekiku di langit, Kau turunkanlah. Sekiranya rezkiku di dalam tanah, Kau keluarknlah. Sekiranya ia jauh, Kau dekatkanlah. Sekiranya ia dekat, kau permudahkanlah.. Amalkanlah, semoga diberkati.

Cintaku Pada Nasyid

1.Seingat aku, aku mula menyanyi sejak tadika! Bersama anak-anak jiran di bawah pokok pelam kami wat 'pertandingan' nyayi2.. Lagu yg biasa aku nyanyikan ialah 'Ya Jamilah'sebab aku biasa dengar bapak aku pasang dalam keta! huhu

2.Pahtu dajah 1 aku masuk pertandingan nyanyian (berkumpulan). cikgu Shahrizah - my fevret teacher ever!- ajar aku nyanyi. Kami kalah, sebab seingat aku, aku nyanyi sengau!

3.Masuk je SMAP Kajang, aku join nasyid. The very first group adalah 'The Art Of Mujahid'. Bila senior kuar, kami cetuskan All For Ummah masa aku form 2. Alhamdulillah nama yang kami ilhamkan bersama kekal sampai sekarang. Thanx adik2 SMAPK. Mereka sangat cemerlang dalam bidang ni. Syabas!

4.Untuk rekod, All For Ummah penah merakamkan album masa aku Form 2 (1995). baru-baru ni All For Ummah tampil dengan album kedua (Impian) setelah lebih 10 tahun xda album. Tahniah!

5.Tapi entah kenapa, aku rasa 'berjauhan' degan junior2 aku ni. Aku sebenarnya segan nk jumpa diorang sebab diorang ni dah hebat. Lantas, aku lebih banyak latih sekolah-sekolah luar especially Maahad Muar. Takpe. Aku tahu ramai junior2 SMAPK lain yang hebat turun latih AFU mcm Zufa, Aswad, Hafiz n ramai lagi.

6.Yang penting, cinta aku, kami dan mereka pada nasyid takkan pernah pudar. Ini juga syiar untuk ditegakkan. Allahu Akbar!

29.3.09

Dua Belas Tahun! Kalau ikutkan usia kita, 12 tahun ni budak Darjah Enam amek ppeperiksaan UPSR. Satu cabaran getir untuk dihadapi oleh seorang anak kecil. Tapi kami redha dengan apa yang mendatang kalau dah itu suratannya. Yang pasti, perjuangan tetap diteruskan dan sudah pasti ada lagi cabaran yang lebih getir datang menjengah. Kan? Ini antara resolusi dan azam Saujana untuk tahun ke12:
1) Bikin Album. In fact, kami dah gerak dan siapkan lima lagu setakat ni bersama Hijjaz Records. Kami akan pastikan peminat puas hati setelah hampir tiga tahun Saujana tak muncul dengan album. Walaupun ahlinya bertukar, tapi misinya tetap sama. (Yg penting, Pyan & Nino tetap ada hi hi)
2)Mantapkan persembahan. Kami takkan bikin lagi persembahan ala2 budak2 yang baru nak mencari identiti. Setiap kali show, kami akan cuba pastikan peminat pulang gembira dan dapat mesej yang baik dari persembahan kami. Tapi, unsur2 humor tetap ada.. Dun wori.
3) Kembangkan bisnes. mencari ruang dan peluang unutk pergi lebih jauh. Bukan sekadar bernasyid, tapi dengan nasyid banyak lagi benda buleh dikembangkan! Ye tak? Tunggu saja apa kami nak buat nanti..
4) Terus berdoa. Kami juga harapkan doa kalian untuk kami terus kuat meneruskan perjuangan. Perbaiki diri, mantapkan iman, sedapkan menyanyi, mantapkan persembahan! =)

13.3.09

Maulidurrasul 1430H

Pagi Maulidurrasul.. Pertama kali diadakan di Dataran Merdeka. Tapi aku rasa pahni xda dah wat kt lua sb ujan! Bygknlh mana org seramai 50ribu nk lari? Tp ia msh menjadi pngalaman indah buatku. Yg penting, masa rehesal 2 hari xda plak ujan. Panas je smpai itam muka aku.. Sabar jela.

12.3.09

Anekdot


"Biar sedikit tapi mencukupi daripada banyak tapi melalaikan."
credit photo to azharyan59@flickr

11.3.09

Malam Sinar Maulidurrasul 1430H


1) Kalau 2 tahun lalu, aku hanya menonton menyaksikan konsert Malam Sinar Maulidurrasul 1427H. Tapi kali ini aku dilantik sebagai Pengarah Persembahan. Pertama kali aku memegang tanggungjawab sebesar ini.

2)Memula aku cuma incharge untuk promosi di IPT dan panel skrip je. Tapi bila Us Sohibul dimasukkan ke Hospital akibat akibat jantung, kencing manis dan darah tinggi lalu aku dipilih menggantikannya sebagai Pengarah persembahan sekaligus Katua Panel Skrip. Sebulan jugak aku berkampung di rabbani productions untuk membaut persediaan.

3)Before anything, i would like to say thanks so much pada IPT yang menjadi lokasi promo Album nadamurni dan Konsert MSM: UKM, USIM, UM, UPM dan UIA.


4)Aku takut hendak meneruskan tugas ini, tapi aku kuat bila dikuatkan oleh kata-kata Ustaz Asri, "Ana percaya pada enta!". Sehinggalah hari konsert di belakang pentas dia masih mengulanginya. Terharu diberikan kepercayaan sebegitu. Thank ustaz, terima kasih Rabbani. (Azadan juga banyak membantu)

5)Lalu pada 28 Februari berlangsunglah Malam Sinar Maulidurrasul 1430H. untuk respon2 buleh la baca tulisan wartawan2 media yang Alhamdulillah setakat ini semuanya positif. Malah tak kurang juga ada teman-teman yang mengucapkan tahniah atas kejayaan konsert tersebut. Alhamdulillah.

6)Masa konsert time tengah sibuk2 kt console tu ada gak beberapa kali hampir menitiskan airmata. Bila mana ustaz Asri menyanyikan lagu-lagunya dengan penuh keinsafan khususnya Berpaut Pada Sabdamu & Munajat. kemudian masa Dato Ustazah Siti Nurbahyah menceritakan kisah kewafatan Nabi. Syahdu.

7)Tapi sempat berasa hairan melihatkan persembahan us Akhil Hayy yang agak kurang bertenaga seperti biasa. Seriously, time rehersal lagi bagus daripada konsert sebenar. Sayangnya. Tengah-tengah konsert sempat aku nampak waheeda masuk ke dalam stadium.

8)Terima kasih pada semua artis yang menjayakan.Terima kasih juga pada TM yang menaja.Harap-harap TM berpuas hati dan ingin menaja lagi tahun akan datang.

9) Sayangnya, tarikh tersebut bertindan dengan perlawanan bolasepak Selangor vs. kelantan di Stadium Shah Alam.Dari petang lagi parking dah penuh. Aku difahamkan ada yang datang dan pergi begitu sahaja bila melihatkan keadaan yang sesak begitu.

10) Semoga konsert inidapat memupuk rasa kasih dan cinta pada Nabi yang mulia. Amin.
(credit photo to minaq-jinggo)

8.3.09

Penjelasan Isu Dr. izu

Sekian ketika, ramai teman-teman membincangkan tentang sahabat kita yang seorang itu. Saya telah diminta berkali-kali untuk menjelaskan perihal ini baik di ruang maya mahupun di luar. Bukan sahaja teman-teman, malah wartawan juga sedang menghidu peluang untuk menghubungi Khairul Idzwan bagi mendapatkan 'benang yang kering'. Ok, saya jelaskan:

1)Kalau anda di luar sana kecewa, apatah lagi kami teman-teman Sajana yang sudah mengenalinya sejak Tingkatan 1 di SMAP Kajang. Apa lagi bukan kepalang kekecewaan keluarganya, guru-guru kami menerima berita ini.. Yang terkejut pun ada. Untuk pengetahuan, dulu kalau time show, saya dan Izu pasti duduk sebilik dan kami sangat rapat berkongsi pelbagai cerita dan rasa.

2) Saya lebih suka memberi peluang membuka ruang untuk Izu kalau-kalau dia nak membela diri dan menjelaskan apa yang berlaku.SMS saya padanya tidak terbalas.Jadi, daripada kalian fikir yangbukan-bukan adalah lebih baik saya bersuara mewakili teman-teman Saujana yang lain.

3) Sebenarnya saya sendiri sudah hampir 3 tahun tidak bertemu Izu. Kami memberi keringanan kepada Izu, Faizul dan Kimi apabila mereka di tahun akhir pengajian dan memulakan karier mereka (doktor & jurutera). Kami sudah jangkakan komitmen merekaamat berat apabila bekerja kelak. Dan itulah hakikatnya.

4) Dalam masa itu jugalah saya dan Azalinor meneruskan langkah Saujana bersama ahli baru, Wan Najran dan Shahir.

5) Tapi saya sendiri tidak tahu yang Izu join audition OIAM dengan sebegitu rupa dan kegagalannya untuk ke level seterusnya.Tak kisahlah dengan itu, tapi yg membuatkan ramai betanya ialah imejnya yg agak pelik dan berbeza dengan dia sewaktu Saujana dulu.

6) Saya tak pasti apa puncanya kerana pada hemah saya, Izu ni adalah seorang 'family guy' ygsangat rapat dengan keluarganya. Kalau ikutkan mana mungkin dia buat benda yg pelik-pelik. Keluarganya juga merupakan mereka-mereka yang baik dan tinggi nilai budi.

7)Mungkin ramai yg buntu dgn jawapan saya ni, tapi itu sajalah yang saya tahu. Ssaper tanya pun waima wartawan sekalipun, inilah jawapan saya.

8) Apapun, jauh di sudut hati sebagai seorang teman,saya sentiasa berdoa pada Allah moga ditnjukkanjalan yang betul buatnya. Mustahil Izu berniat nak memalukan sesaper. Mungkin salah perkiraan agaknya.. Allah jua sebaik-baik penghitung.. Saya juga berharap teman-teman dapat tolong mendoakan untuknya.

9) Saujana takkan berhenti berjuang.

2.3.09

Tenangkan fikiran

Bila agak tertekan, aku akan mencari2 punca ketenangan.. Allah tetap di hati. Tapi bestnya bila mata dpt melihat ciptaan Allah yg cantik2.. Saujana: seindah pandangan mata

15.2.09

NMI oh NMI!

Spt yg kalian sdia maklum, NMI bertukar siaran. Jumaat 6pg n 2ptg (ulangan) d TV2. huhu sapa2 yg bgn awal leh tgk wktu pagi. Sapa2 y xyah solat Jumaat tgk ptg.. Sesuai ke timing siarannya? Apapun jgn lupa trus setia..

Da Start Recording?

Lama x bersiaran. Rindu kt kwn2 smua.. Gambar ni waktu rakaman lagu pertama album baru saujana. Kt studio Hijjaz. Ketaq lutut sb da lama x rekoding! Hehe. Harap2 smua lancar. 2 komitmen utama bln Fbruari: album Sojana & Mlm Sinar Maulidurasul (28feb).

29.1.09

Menggalas Harapan



1. Ini gambar MPV baru Proton yang akan dilancarkan Aprril 2009. Nampak cam cantik!harganya pun cukup berbaloi dengan muatan sehingga7 orang. Aku sempat gak hantar penyertaan untuk mencipta nama MPV baru ni.Hmm xtau la dapat ke tidak.. Kalau dapat mesti diorang dah kol kan?

2. Aku pergi melawat Ustaz Sohibul di Hospital Sg Buloh petang tadi bersama-sama abang-abang Rabbani. Dikhabarkan dia mengalamai kompilasi sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Doakan semoga cepat sembuh... Ustaz Sohibul ni baik orangnya. Dia ni antara orang yang bila berjumpa aku akan bertanya "kabare?" aduh terserlah btol ke'jawaannya'..

3. Dah lama x pegi IKEA.I went there accompanying che amran mencari barana-barang untuk rumah barunya. Gigih. Kat ikea jumpa lak senior SMAPK dulu. Islah Wahyudi. Lalu kt Ikano ada plak sale barangan bilik tido!Pergh! Nasib baik xda keperluan nk beli.. kalau tak mahuh abih duit aku tadi. Dasyat seh! Diskaun sampai 80%! Tapi since tak perlu, so tak payah!Beli apa ygperlu je. Itu motivasi finance tahun 2009.Sempoi dan berbaloi.

4. Malam Sinar Maulidurrasultinggal sebulan je lagi. Aku sempat join us asri rekod VO (voice over) untuk promo MSM di studio Inteam. Gigih diorang nak jayakan program ni. Aku terlibat sebagai production team Malam Sinar Maulidurrasul nanti. Tak sabar...

14.1.09

What Happen To You Arab Countries?

Cerita pasal serangan Israel di Gaza dah semakin teruk. Hari-hari ramai orang mati. Yang mati bukan yang dicari tapi orang-orang awam, kanak-kanak, wanita, orang tua.. Sedihnya. Tapi aku nak cerita topik lain! Apa jadi kat negara-negara Arab yang lain? Sebenua, Serantau, malah seagama... tapi depa yang menyepi bila negara jiran mereka diserang sebegitu. Sedangkan satu dunia tahu betapa kuatnya negara-negara Arab kalau bergabung! Liga Arab?! Apa tu? Lagi la sebuah pertubuhan yang seolah-olah hidup segan mati tak mahu. Kesian. Tolonglah Palestin tu sebab dia sedara kita jugak! Firman Allah: "sesungguhnya tidak redha Yahudi dan Nasrani ke atas kamu sehinggalah kamu mengikut jejak mereka". Mulakan jihad kita dengan memboikot produk keluaran Yahudi laknatullah! Maaf posting ini agak radikal...

13.1.09

28!

Bila usia bertambah.. Byk perkara perlu kuhitung semula. Takut ada yg masih kurang malah ada yg tersasar. Bersederhanalah. Itu yang terbaik.. Selamat Ulangtahun Suffian. Terima kasih Tuhan yg Maha Kurnia mengizin aku menambah usia. Gambor ni di LANZ, bersama mereka yg wat surprise awal! Huhu

6.1.09

Skilku Tumpul

Adus.. Bila dh lama x maen, nampaknya makin teruk hayunanku.. Mlm ni aku berbowling dgn itolara, frizdan. Lokasi: Pin Junction Cineleisure.

5.1.09

Arabian Nite New Year

Aku, mukhsin dan cik mud d malam new year. Lokasi: Lanz Studio. Alhmdlh tahun baru menjelma lagi. Moga semakin matang berfikir.. Huhu siap ada tazkirah smpena tahun baru smpena tahun baru. Oleh us saifudin.

Lazatnya lasagna!

Ini buah tangan dari temanku dari Singapura. Bkn mudah nk sediakn lasagna nie. Nak masak pun payah! Tapi berkat kegigihan terhasil jua. Chaiyok!