Dua Belas Tahun! Kalau ikutkan usia kita, 12 tahun ni budak Darjah Enam amek ppeperiksaan UPSR. Satu cabaran getir untuk dihadapi oleh seorang anak kecil. Tapi kami redha dengan apa yang mendatang kalau dah itu suratannya. Yang pasti, perjuangan tetap diteruskan dan sudah pasti ada lagi cabaran yang lebih getir datang menjengah. Kan? Ini antara resolusi dan azam Saujana untuk tahun ke12:1) Bikin Album. In fact, kami dah gerak dan siapkan lima lagu setakat ni bersama Hijjaz Records. Kami akan pastikan peminat puas hati setelah hampir tiga tahun Saujana tak muncul dengan album. Walaupun ahlinya bertukar, tapi misinya tetap sama. (Yg penting, Pyan & Nino tetap ada hi hi)
2)Mantapkan persembahan. Kami takkan bikin lagi persembahan ala2 budak2 yang baru nak mencari identiti. Setiap kali show, kami akan cuba pastikan peminat pulang gembira dan dapat mesej yang baik dari persembahan kami. Tapi, unsur2 humor tetap ada.. Dun wori.
3) Kembangkan bisnes. mencari ruang dan peluang unutk pergi lebih jauh. Bukan sekadar bernasyid, tapi dengan nasyid banyak lagi benda buleh dikembangkan! Ye tak? Tunggu saja apa kami nak buat nanti..
4) Terus berdoa. Kami juga harapkan doa kalian untuk kami terus kuat meneruskan perjuangan. Perbaiki diri, mantapkan iman, sedapkan menyanyi, mantapkan persembahan! =)








