29.5.09

NMI Musim Ke3 Tahun Ke6

1. Gambor di set baru Nasyid Minggu Ini (NMI) utk musim ke3. Alhmdlh pyan n sue msh maintain sbg hosnya.
2. Siarannya masih sama! TV2 JUMAAT 6PG & 2.30PTG.
3. Ada yg cdgkn supaya waktu siaran dipanjangkn jadi sejam n grafik dicantikkan lg. Dlm pertimbangan.
4. Jgn lupa tgk n vote!

28.5.09

Menangislah...

Semua nikmat yang Allah beri hanya pinjaman. Tapi kenapa kita bangga seolah-olah dunia kita yang punya? Bukankah lebih elok kita kongsi rasa dan nikmatnya dengan orang di keliling kita? I found this videoclip last year. Simple je lagu dia, tapi cukup menyayat hati. Menitis airmata bila meniti satu demi satu liriknya. "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah telah engkau dustakan?"

25.5.09

Pertandingan Nasyid

Gambor ni diambil waktu aku menjadi juri pertandingan nasyid Kementerian Kesihatan Malaysia peringkat kebangsaan di Putrajaya. Wakil Sabah telah memenangi kategori lelaki manakala Kelantan untuk kategori wanita. Tahniah!
gambor kenangan waktu jadi MC Festival Nasyid Kebangsaan 2008

20.5.09

Saujana & Inteam!

1. Gambo ni tyme kami pform kt Laman Santai Istana Budaya KL. Sempena pengisytiharan KL sbg kota budaya Islam.
2. Lama x wat sho skali dgn diorang. Tu yg seronok bila dpt jmpa!
3. Saujana lately byk pform secara akustik. Aku suka gak simple mcm tu. Kalu nk tgk, jemputla ye. Insya Allah x mengecewakn!
4. Tp aku pelik dlm pgrm kami ni ada slot Joget Lambak ramai2. Budaya Islam ke?

15.5.09

Johan Nasyid Belia Kebangsaan 2009


1. Ar-Rayyan merupakan nama kedua kumpulan nasyid dari SMKA Maahad Muar. Nama rasmi mereka ialah Izdan. Biasanya nama Ar-Rayyan digunakan untuk marhaban termasuklah nama yang digunakan ketika memenangi Marhaban di Astro tahun 2008.
2. Tahniah aku ucapkan untuk adik-adik aku dari Maahad Muar yang dibimbing oleh Ustaz Zaman. Diorang tak sangka plak dapat Johan Festival Nasyid Belia Kebangsaan. Sebab saingannya sengit.
3. Tambah mengejutkan, Ar-Rayyan turut memenangi Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik dan Lirik Terbaik. Juri yang telah mengadili pertandingan ini adalah Farihin Abdul Fattah, Siso Kopratasa, Aisyah dan wakil dari Kementerian Belia Sukan.
4.Alhamdulillah, aku tumpang gembira dan syukur sangat dapat luangkan masa tengok pertandingan ni.
6. Untuk rekod, ini kemenangan mereka untuk tahun kedua berturut-turut. Alhamdulillah
7. Tajuk Lagu: Azimat Diri
8. Credit Video to ferdowzruqman@youtube

Keputusan Akhir Festival Nasyid Belia Kebangsaan 2009 (Lelaki):
Johan: Ar-Rayyan (SMKA Maahad Muar)- Johor
Naib Johan: Soutul Jihad (SMA Persekutuan Labu) - Negeri Sembilan
Ketiga: Soul Award (SMK Gombak Setia) - Wilayah Persekutuan

Lirik Terbaik: Ar-Rayyan(SMKA Maahad Muar)- Johor
Vokal Terbaik: Ar-Rayyan(SMKA Maahad Muar)- Johor
Persembahan Terbaik: Ar-Rayyan(SMKA Maahad Muar)- Johor

13.5.09

Model Terbaru Nokia?

1. Alamak! Nokia wat sandal plak ke? Leh jalan sambil jwb panggilan or SMS?
2. Haha sbnrnya ni sandal sowang ustz yg dbeli d Mekah. Mgkn org arab saja nk hina Yahudi then buat brand2 yg diletak di kaki!
3. Ntah2 kalau g mekah ada plak sandal2 jenama Starbuck, tesco, mcD dll..

Festival Belia Murni

1. Festival anjuran Kementerian Belia Sukan ni berlangsung pd 8-10mei 09 d Mydin Mall Ayer Keroh Melaka. Besaq gila Mydin tu!
2. Aku bertugas sbg MC/DJ sepnjg 3 hari pgrm berlangsung. Best!
3. Tapi satu perkara yg x best ialah aku kehilangan suara. Teringt 2 thn lps pnah kena mcm ni gak. Sebulan xleh nyanyi!
4. Aku kuatkn semangat utk teruskn jgk walaupn sore x seperti biasa. Thanx gak pd us Asri yg bg SMS semangat.
5. Antara show artis UNIC, HIJJAZ, AISHAH & RAMLI SARIP. Slot upin n ipin pn dpt sambutan meriah esp kanak2! Ni 1st time aku jmpa maskot diorg. Pergh! Besor gila!

1.5.09

Selamat Hari Pekerja


1. Ucapan ini untuk mereka yang bekerja keras demi sesuap rezeki. Hari ini seluruh dunia meraikannya..

2. Ambillah kesempatan ni untuk diluangkan bersama keluarga, jumpa kengkawan lama ataupun muhasabah balik keje2 kita dulu. kalau ada yg kurang, cuba2 la perbaiki..

3. nak lebih murah rezeki? Cuba la amalkan solat dhuha. Senang jer.. Yang penting hayati makna doa solat dhuha: ya Allah, sekiranya rezekiku di langit, Kau turunkanlah. Sekiranya rezkiku di dalam tanah, Kau keluarknlah. Sekiranya ia jauh, Kau dekatkanlah. Sekiranya ia dekat, kau permudahkanlah.. Amalkanlah, semoga diberkati.

Cintaku Pada Nasyid

1.Seingat aku, aku mula menyanyi sejak tadika! Bersama anak-anak jiran di bawah pokok pelam kami wat 'pertandingan' nyayi2.. Lagu yg biasa aku nyanyikan ialah 'Ya Jamilah'sebab aku biasa dengar bapak aku pasang dalam keta! huhu

2.Pahtu dajah 1 aku masuk pertandingan nyanyian (berkumpulan). cikgu Shahrizah - my fevret teacher ever!- ajar aku nyanyi. Kami kalah, sebab seingat aku, aku nyanyi sengau!

3.Masuk je SMAP Kajang, aku join nasyid. The very first group adalah 'The Art Of Mujahid'. Bila senior kuar, kami cetuskan All For Ummah masa aku form 2. Alhamdulillah nama yang kami ilhamkan bersama kekal sampai sekarang. Thanx adik2 SMAPK. Mereka sangat cemerlang dalam bidang ni. Syabas!

4.Untuk rekod, All For Ummah penah merakamkan album masa aku Form 2 (1995). baru-baru ni All For Ummah tampil dengan album kedua (Impian) setelah lebih 10 tahun xda album. Tahniah!

5.Tapi entah kenapa, aku rasa 'berjauhan' degan junior2 aku ni. Aku sebenarnya segan nk jumpa diorang sebab diorang ni dah hebat. Lantas, aku lebih banyak latih sekolah-sekolah luar especially Maahad Muar. Takpe. Aku tahu ramai junior2 SMAPK lain yang hebat turun latih AFU mcm Zufa, Aswad, Hafiz n ramai lagi.

6.Yang penting, cinta aku, kami dan mereka pada nasyid takkan pernah pudar. Ini juga syiar untuk ditegakkan. Allahu Akbar!