15.7.10

KONSERT MAHABBAH GAZA



foto oleh: firdaus mahadi
1. Subhanallah! konsert ini sangat memberi kesan kepada diriku. sangat bersyukur kerana Rabbanmi mengajak kami untuk bersama-sama menjayakan Konsert Mahabbah Gaza di Stadium Malawati Shah Alam. Seronok sebab dapat nyanyi 'Patah Hati' dan lagu baru 'Pahlawan Gaza'. Seronok sebab dapat berukhuwah bersama teman-teman nasyid yang lain - Rabbani, Raihan, Nowseeheart, Inteam dan Ummul Qura.
2. Aku juga terharu kerasna dapat peluang untuk menemuramah ketua misi Bantuan Ke Gaza iaitu Ustaz Nurazman Shamsuddin di atas pentas itu.
3. Teringat ketika beberapa jam konsert nak mula, aku sempat berlari meredah hujan dengan Che Am menuju ke sebuah shopping complex utk membeli brg keperluan seperti kettle dan instant coffe! Ahaks! Kelakarnya..
4. Malam itu dapat memungut sumbangan sebanyak RM27ribu (malah difahamkan kutipan keseluruhan adalah melebihi nilai itu!) Alhamdulilah. Tapi sedih bila pastu ada orang pertikaikan ke mana perginya sumbangan itu.. "ntah2 dah habis tak sampai ke Gaza pun.." kenapa orang kita leh fikir macam tu?
5. Konsert ini ada penaja, so kutipan derma tu memang direct pergi ke Gaza sebab selepas ini akan ada satu lasgi konvoi ke sana. Ya Alah sampaikanlah hajat dan bantuan kami pada saudara kami di sana.
6. saya terdengar soseh-soseh tentang warga HALUAN terus berdiam diri selepas selesai konsert. Takde khabar berita, sekurang-kurangnys mengucapkan terima kasih kepada penganjur. Hmm betul ker?

9.7.10

Keretaku Sakit!




1. Keretaku yang aku namakan Didi eksiden! Yang peliknya, bukan kerana langgar orang or kereta orang! Tapi kerana rim tayarku patah tiba2!
2. Orang bengkel, polis dan org insuran pun tak faham macamana leh jadi macam tu. Lainlah kalau terlanggar lubang, mungkin tayar leh pecah. Ni tetiba rim plak patah. Alhamdulillah xda apa-apa kecederaan. Masa tu Syeikh, kawan baikku yang drive seorang diri. Dia jenis yg tak cepat panik, so dapat handle n tarik handbrake. Kalau tak, leh tercampak dalam gaung..
3. So sekarang ni Didi tgh dok dlm bengkel menunggu untuk dibaiki. Kena tunggu urusan insuran selesai baru boleh mula.
4. hmm.. rindunya.. rasa cam patah kaki bila takde kenderaan nih.. susah nak gerak sana sini..doakan semuanya ok ye!