11.8.12
Raihan ke Algeria lagi
2. Hari ini didatangi cabaran2 berkaitan rezeki. Beberapa show Saujana being cancelled. Redha. Rezeki kami mungkin pada waktu dan tempat lain. Rezeki milik Allah jua.
3. Debaran.. Final exam Selasa n Rabu depan! Masih separuh masak. Tak paham apa lagi utk 3 subjek sem 9 ni. But yakin. Teringat pesan Prof Muhaya, bayangkan future, kita amek ijazah atas stage! Semangat!
4. Lailatulqadar? Topik Jumaat harini mantap giler! Siap ada calculation ulama nk cari LQ. Thanx Us Muhadir Hj Joll.
5. Dalam kereta masa balik dari studio Bsync, terpasang lagu2 lama All For Ummah. Kumpulan nasyid kami kecik2 dulu. Rindu zaman dulu.
6. Terasa cam kena do something dgn rakaman Klinik Jawi. Will propose some new ideas for KJ. Email: jawi@ikimfm.my dah ready! Boleh pakai!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
1.8.12
Suffian Amrin shared an Instagram photo with you
Suffian Amrin just shared an Instagram photo with you:
Thanks,The Instagram Team
30.7.12
Re: Words of Wisdom
"Orang buat salah dengan kita sekali, tapi kita berdendam dengannya sekian lama. Sesungguhnya kita telah merugikan banyak masa kita dengan dendam itu".
- Prof Muhaya
"Bulan Ramadhan adalah bulan Gencatan Senjata"
- Ustas Muhammad Abdullah
"Puasa orang terdahulu adalah menerusi menahan mulut daripada berkata-kata diteladani daripada contoh kisah Maryam dan Nabi Zakaria. Ia menunjukkan betapa pentingnya menjaga mulut ketika puasa".
- Ustaz Don Daniel
"Orang yang berpuasa tetapi tidak solat ibarat kereta cantik tetapi tiada kuncinya"
- Syeikh Nuruddin Al-Banjari
"Puasa yang sia-sia sekadar menahan lapar dahaga ibarat pelajar yang rajin hadir kelas tetapi dapat markah kosong".
- Ustaz Don Daniel
"Maafkan orang lain sebelum tidur"
- Prof Dato Fadzillah Khamsah
Masuk Syurga Sebab Pasang langsir seribu Bulan!
1. Cukup rehat
2. Jangan makan terlalu berat
3. Niatkan untuk bangun awal
4. Banyakkan istighfar sebelum tidur
5. Amalkan Ayat Kursi 9 waqaf sebelum tidur
Kejar lailatulqadr:
Ganjaran pahala 1000 bulan (83 tahun 4 bulan).
Apa yang kita lakukan malam itu beroleh ganjaran tersebut hatta pasang langsir sekalipun!
Bila buat umrah, jangan lupa tunaikan solat2 qadha. Rebut ganjaran berganda menunaikan solat di Masjidilharam atau Masjid Nabi.
Us. Muhammad Abdullah Al-Amin
IKIMfm
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
27.7.12
Suffian Amrin shared an Instagram photo with you
Suffian Amrin just shared an Instagram photo with you:
Thanks,The Instagram Team
15.3.12
MUTIARA KATA TAN SRI MUKHTAR AL-BUKHARY - Muslim terkaya di Malaysia!
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda
sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya
mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena
berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita
tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan
mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau
macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja.
Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun
boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi
tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu
buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan
yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka
jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham
kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila
sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada
cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak
kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New
York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak
bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur
dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di
atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok
mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk
kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil
balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah
mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai
persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita
tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah
tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah .
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi
hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat
fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit
saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan
dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat
apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia.
Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana
tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan
kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat
apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya
bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran
ini kepada saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang
Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang
Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam.
Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain.
Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu
saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya
bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini
yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila
kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada
kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya
hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan
isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang
baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi
saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita
terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya
bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa
yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu
semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa
pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu
berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan
untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak
syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi
orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta
dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka
hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri
sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu
selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana
yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan
membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.
Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak
membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang
tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang
Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas.
Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan
fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan
badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab
(bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak
dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa.
Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain
boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang
sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama
seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh
lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada
jiran-jiran yang perlukan bantuan.
30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya
manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar
dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak
kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa
bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain
pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong
orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah
sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh
maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat
kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama
hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah.
Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana
dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang
Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel,
boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes
tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional.
Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani
perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi
wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih
akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa
kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir.
Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita.
Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa
yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya
boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan
tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh
memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan
rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan
rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu
matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja
keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau
setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula
daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal
jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini.
Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat
saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah.
Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada
segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan
hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh
buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak
buat langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya
fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya
suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh
pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai
(kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana
perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti
beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak
mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata
kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.
Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.
14.3.12
21 PETUA BAHAGIA DAN MEMBAHAGIAKAN
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan
dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA:
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana
kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting
pabila usia semakin tua.
KETIGA:
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah
sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT:
Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.
KELIMA:
Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.
KEENAM:
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH:
Percayailah cinta pandang pertama.
KELAPAN:
Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KESEMBILAN:
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang.
Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi
percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH:
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah
menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS:
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS:
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS:
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari,
lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin
tahu?'
KEEMPATBELAS:
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan
pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS:
Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS:
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS:
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS:
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah
persahabatan yang besar.
KESEMBILANBELAS:
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah
berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUAPULUH:
Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya
daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUH SATU:
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.