15.2.09

Da Start Recording?

Lama x bersiaran. Rindu kt kwn2 smua.. Gambar ni waktu rakaman lagu pertama album baru saujana. Kt studio Hijjaz. Ketaq lutut sb da lama x rekoding! Hehe. Harap2 smua lancar. 2 komitmen utama bln Fbruari: album Sojana & Mlm Sinar Maulidurasul (28feb).

29.1.09

Menggalas Harapan



1. Ini gambar MPV baru Proton yang akan dilancarkan Aprril 2009. Nampak cam cantik!harganya pun cukup berbaloi dengan muatan sehingga7 orang. Aku sempat gak hantar penyertaan untuk mencipta nama MPV baru ni.Hmm xtau la dapat ke tidak.. Kalau dapat mesti diorang dah kol kan?

2. Aku pergi melawat Ustaz Sohibul di Hospital Sg Buloh petang tadi bersama-sama abang-abang Rabbani. Dikhabarkan dia mengalamai kompilasi sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Doakan semoga cepat sembuh... Ustaz Sohibul ni baik orangnya. Dia ni antara orang yang bila berjumpa aku akan bertanya "kabare?" aduh terserlah btol ke'jawaannya'..

3. Dah lama x pegi IKEA.I went there accompanying che amran mencari barana-barang untuk rumah barunya. Gigih. Kat ikea jumpa lak senior SMAPK dulu. Islah Wahyudi. Lalu kt Ikano ada plak sale barangan bilik tido!Pergh! Nasib baik xda keperluan nk beli.. kalau tak mahuh abih duit aku tadi. Dasyat seh! Diskaun sampai 80%! Tapi since tak perlu, so tak payah!Beli apa ygperlu je. Itu motivasi finance tahun 2009.Sempoi dan berbaloi.

4. Malam Sinar Maulidurrasultinggal sebulan je lagi. Aku sempat join us asri rekod VO (voice over) untuk promo MSM di studio Inteam. Gigih diorang nak jayakan program ni. Aku terlibat sebagai production team Malam Sinar Maulidurrasul nanti. Tak sabar...

14.1.09

What Happen To You Arab Countries?

Cerita pasal serangan Israel di Gaza dah semakin teruk. Hari-hari ramai orang mati. Yang mati bukan yang dicari tapi orang-orang awam, kanak-kanak, wanita, orang tua.. Sedihnya. Tapi aku nak cerita topik lain! Apa jadi kat negara-negara Arab yang lain? Sebenua, Serantau, malah seagama... tapi depa yang menyepi bila negara jiran mereka diserang sebegitu. Sedangkan satu dunia tahu betapa kuatnya negara-negara Arab kalau bergabung! Liga Arab?! Apa tu? Lagi la sebuah pertubuhan yang seolah-olah hidup segan mati tak mahu. Kesian. Tolonglah Palestin tu sebab dia sedara kita jugak! Firman Allah: "sesungguhnya tidak redha Yahudi dan Nasrani ke atas kamu sehinggalah kamu mengikut jejak mereka". Mulakan jihad kita dengan memboikot produk keluaran Yahudi laknatullah! Maaf posting ini agak radikal...

13.1.09

28!

Bila usia bertambah.. Byk perkara perlu kuhitung semula. Takut ada yg masih kurang malah ada yg tersasar. Bersederhanalah. Itu yang terbaik.. Selamat Ulangtahun Suffian. Terima kasih Tuhan yg Maha Kurnia mengizin aku menambah usia. Gambor ni di LANZ, bersama mereka yg wat surprise awal! Huhu

6.1.09

Skilku Tumpul

Adus.. Bila dh lama x maen, nampaknya makin teruk hayunanku.. Mlm ni aku berbowling dgn itolara, frizdan. Lokasi: Pin Junction Cineleisure.

5.1.09

Arabian Nite New Year

Aku, mukhsin dan cik mud d malam new year. Lokasi: Lanz Studio. Alhmdlh tahun baru menjelma lagi. Moga semakin matang berfikir.. Huhu siap ada tazkirah smpena tahun baru smpena tahun baru. Oleh us saifudin.

Lazatnya lasagna!

Ini buah tangan dari temanku dari Singapura. Bkn mudah nk sediakn lasagna nie. Nak masak pun payah! Tapi berkat kegigihan terhasil jua. Chaiyok!

18.11.08

Nilai Antarabangsa File Melayu


"BOLEH anda kemukakan nilai atau elemen antarabangsa yang terdapat pada filem tersebut?" Demikian soalan yang dikemukakan kepada saya oleh seorang wakil daripada sebuah kementerian apabila menilai sebuah projek perfileman yang hendak dilakukan oleh seorang pengarah filem tempatan.

Tujuannya barangkali baik untuk memastikan filem Melayu yang hendak diberikan dana bantuan itu akan mencapai satu tahap antarabangsa yang pastinya akan diterima oleh masyarakat di seluruh dunia.

Pertanyaan tersebut muncul disebabkan oleh skrip yang dikemukakan oleh pengarah tersebut ialah sebuah cerita yang berlatarkan watak, suasana dan landskap yang sangat bersifat tempatan.

Tetapi filem yang hendak dihasilkan itu adalah dalam bentuk animasi digital seperti mana filem-filem animasi terkenal dan disukai ramai yang dihasilkan oleh Studio DreamWorks dan Studio Walt Disney.

Pertanyaan tersebut sebenarnya telah membuka kepada beberapa persoalan selanjutnya.

Apakah ciri-ciri atau elemen antarabangsa yang harus ada pada sebuah filem tempatan?

Malah definisi antarabangsa itu sendiri satu istilah yang agak mengelirukan apabila dikemukakan kepada sebuah produk seni seperti filem.

Apakah ukuran yang dapat digunakan untuk menentukan sebuah filem tersebut mencapai tahap antarabangsa?

Apakah sebuah filem Melayu yang menceritakan sebuah keluarga Melayu yang tinggal di kampung terpencil di Malaysia dalam suasana budaya dan adat Melayu tempatan tidak mempunyai nilai antarabangsa?

Jika begitu, bagaimana sebuah filem India seperti Pather Pancali arahan Satyajit Ray atau sebuah filem yang sangat Jepun seperti Tokyo Story oleh Yasujiro Ozu tiba-tiba dikagumi oleh masyarakat filem dunia?

Malah filem-filem tersebut kemudian mempengaruhi begitu banyak pembikin filem dari Hollywood sendiri.

Atau filem-filem yang mengangkat kisah kanak-kanak dari Iran tiba-tiba menjadi cerita yang begitu disukai oleh khalayak antarabangsa?

Bukankah kisah yang dikemukakan oleh filem seperti The White Balloon (Jaffar Panahi) atau Children of Heaven (Majid Majidi) berlatar belakang keluarga masyarakat Iran dengan lingkungan budaya tempatan dan Islam yang sangat tebal.

Bagaimanapun, filem-filem itu begitu disukai di seluruh dunia hingga membolehkan naskhah-naskhah berkenaan diberikan anugerah dan penghargaan di pelbagai festival filem dunia.

Dan jangan lupa apabila filem-filem arahan U-Wei Hj. Saari seperti Kaki Bakar, Jogho dan Buai Laju-Laju serta filem Yasmin Ahmad berjaya menarik perhatian penonton filem daripada khalayak pelbagai bangsa di festival-festival filem antarabangsa.

Dalam filem Mukhsin atau Rabun umpamanya, Yasmin hanya mengemukakan sebuah kisah yang cukup sederhana tentang keluarga Melayu dengan latar realiti masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Cukup dengan kisah yang meruntun emosi dan nilai kasih sayang sebuah keluarga tanpa menggunakan unsur keganasan, filem tersebut diterima oleh masyarakat antarabangsa.

Malah filem Jogho telah menggunakan dialek Kelantan sepenuh tetapi tetap diterima oleh khalayak antarabangsa.

Hal yang sama berlaku apabila pengarah filem dari kumpulan Generasi Kelima Pembikin Filem China seperti Wu Tianming, Zhang Yimou dan Cheng Kaige yang menghasilkan filem-filem seperti The Old Well, The Red Shorgum atau Yellow Earth.

Filem-filem ini yang telah merintis karya-karya dari China untuk dikagumi di persada filem dunia, bukan sahaja mengangkat filem China dengan subjeknya yang berkisar tentang budaya China tetapi juga kritikan terhadap tradisi serta politik negara itu.

Begitu juga filem-filem dari Gerakan Baru Pengarah pengarah filem Korea seperti Yong-Kyun Bae, Im Kwok-Taek dan Jang Sun-Woo.

Filem Why has Bodhi-Dharma Left for the East? semuanya berdasarkan falsafah, budaya dan kehidupan sami Buddha.

Filem-filem itu tebal dengan adat dan budaya masyarakat Korea.

Perhatian

Tetapi filem ini mendapat sambutan dan perhatian daripada masyarakat filem seluruh dunia, hinggakan filem-filem Korea dianggap sebagai jendela untuk melihat dan memahami masyarakat Korea.

Mungkin kita tidak pernah terfikir betapa filem kecil dari Bhutan tentang sami remaja dan pesta bola dunia boleh mendapat sambutan dan perhatian di seluruh dunia. Apa yang luar biasa pada filem itu?

Tanpa perlu membariskan filem-filem yang dikeluarkan oleh negara-negara selain Amerika Syarikat (Hollywood), kesemua filem-filem dari negara-negara tersebut mengangkat kisah masyarakat dengan latar budaya dan kehidupan tempatan untuk dikongsi dan difahami oleh masyarakat dunia.

Dan kesemua filem tersebut menggunakan bahasa tempatan dan bukan bahasa Inggeris untuk diterima oleh masyarakat dunia.

Yang menyatukan penghayatan khalayak masyarakat antarabangsa terhadap filem-filem tersebut adalah kisah kemanusiaan yang penuh emosi untuk dikongsi oleh khalayak penonton daripada masyarakat pelbagai bangsa.

Ini kerana elemen kemanusiaan yang diangkat itu akan dapat dikongsi oleh masyarakat dunia tanpa sebarang usaha menonjolkan propaganda ideologi.

Malah untuk filem-filem dari Hollywood atau Amerika sendiri, apakah nilai antarabangsa yang dimaksudkan?

Kesemua filem Hollywood masih mengambil prinsip-prinsip cerita manusia yang sama dan diulang-ulang.

Yang membezakan hanyalah pendekatan dan teknik pembikinannya.

Oleh itu elemen antarabangsa untuk sebuah filem bukan bermakna mengemukakan subjek dan cerita yang luar biasa atau memerlukan ciri-ciri tertentu atau perlu menggunakan bahasa Inggeris.

Ini kerana prinsip bercerita pada dasarnya adalah sama iaitu mengemukakan permasalahan manusia, tetapi yang membezakan sesebuah filem itu adalah kualiti pembikinannya.

Jadi kualiti filem yang dihasilkan harus menjadi keutamaan. Ini kerana filem sebagai karya seni boleh dinilai keberkesanan kualitinya pada elemen yang membentuk sesebuah filem.

Kualiti filem bukan sahaja terletak pada skrip, lakonan, pengarahan dan fotografinya tetapi yang penting adalah pemikiran yang dibawa oleh filem tersebut.

Justeru untuk filem tempatan mencapai tahap dan piawaian antarabangsa maka filem tersebut harus dihasilkan pada kualiti tertinggi.

Malah sebenarnya, lebih tempatan (local) sifat cerita filem tersebut dengan latar budaya dan adat masyarakat setempat lebih bernilai filem tersebut di kalangan masyarakat antarabangsa.

Dan tidak timbul sebenarnya isu sama ada filem itu Filem Melayu atau Filem Malaysia.

6.11.08

Tersalah Kira?

1. Tersalah kira? Kalau dalam peperiksaan atau ujian kelas dulu, memang cikgu pangkah je kalau kita tersalah kira especially dalam Maths. So, makin kuranglah markah ujian kita.

2. Kalau dalam bisnes, tersalah kira boleh membawa kerugian kepada perniagaan. Apatahlagi bila ia melibatkan kos yang besar. boleh gulung tikar!

3. Tersilap kira anak... Hmm tak tau nak kata la kalau nak kira anak pun pakai calculator. Ramai sgt ker? Still kalau tersilap kira leh membawa bala kepada keluarga..

4. Tapi itulah alasan pemimpin kita baru-baru ni bila BPR bertanyakan kes eurocopter. ini sudah melibatkan negara. Turut melibatkan duit rakyat yang dibayar melalui cukai itu dan ini. Sedihnya bila ia melibatkna beratus juta duit kita rakyat Malaysia. Nampak macam mudah sangat diorang nak bagi alasan sedangkan kalau dilihat dan ditimbang, ia adalah kesalahan mandatori.

5. Kalau dalam kelas, cikgu dah marah. Kalau dalam bisnes, kedai dah tutup.

6. Sekadar pandangan dari seorang rakyat.

28.10.08

Marilah Imarahkan Masjid



1)Baru-baru ni dah keluar semula isu orang bukan Islam mintak azan dikurangkan 'volume'nya ketika masuk waktu... Apa kita nak buat? Apa respon kita sebagai Muslim? Nak biarkan saja?

2)Itu kira ok lagi suruh pelankan volume, pahni takut-takut depa mintak azan dilenyapkan! Na'uzubillah. Kita taknak Malaysia jadi macam kat Singapura, UK dan lain-lain negara sekular yang tidak membenarkan syiar Islam yang suci ini berkumandang menandakan masuk waktu solat. Kita taknak biarkan orang bukan Islam semakin hari semakin lantang mempersoal tentang agama dan budaya kita...

3)Tapi hakikatnya kita kena sedar yang segala situasi ini berpunca dari kita juga. Segan rasanya bila azan je kuat, tapi jumlah jemaah di masjid lengang. Nak penuhkan satu saff pun susah. Time semayang Jumaat je ramai. Takpun semayang raya.

4)Teringat katta-kata Dato' Fadzillah Khamsah mengenai researchnya yang mengatakan 95% daripada respondant kajiannya TIDAK SOLAT atau tidak cukup 5 waktu sehari.

5) Marilah kita imarahkan semula masjid dan surau di kawasan kita. Pertama, kita dapat pahala jemaah dan solat di rumah Allah. Kedua, Orang luar khususnya non-muslim akan respect pada uslim yang 'kota apa yang dikata'..