18.7.09

Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan 2009


thanx freezedone yang tolong upload gambo adik-adik aku ni...semoga dpt meng'happy'kan warga SMKA Maahad Muar. insha Allah tahun depan kita baiki lagi yer.. aku pun dah janji kat cikgu n ustazah SMAPK tahun depan aku akan turun SMAPK utk latih junior2 aku kat sana.. leh share kan? hu hu

1. Assalamualaikum! Dah lama tak update kan?
2. Saya baru pulang dari Kuantan menyaksikan Festival seperti tajuk di atas. Tahniah utk BPI KPM dan JPN Pahang yang menganjurkan program yang sebegini bagus! Secara general, persaingan amat sengit di kategori Sekolah Menengah. Semua peserta tampil dengan persembahan yang mantap dan tersendiri. Tahniah.
3. Bila keputusan diumum... beginilah hasilnya:
SEKOLAH MENENGAH:
Johan: Johor (SMKA Maahad Muar)
Kedua: KL (SMK WM2)
Ketiga: Pahang (SMK Bkt Rangin)

Lagu Tema Terbaik: Selangor (SMAP Kajang)
Lirik Tema Terbaik: Johor (SMKA Maahad Muar)
Lagu PPnP Terbaik: N9 (SBPI Jempol)
Vokalis Terbaik: KL (SMKWM2)

SEKOLAH RENDAH:
Johan: Pahang
Kedua: N9
Ketiga: Perak
4. Alhamdulillah, kumpulan Izdan dari SMKA Maahad Muar (Johor) telah ternobat sebagai Johan 2009. Untuk rekod, bulan Mei yang lalu SMKA Maahad Muar juga telah menjuarai Festival Nasyid Belia di Melaka. Tahniah buat Us Zaman dan adik-adik Izdan! Berbaloi usaha mereka selama 2 tahun bersamaku.. Apapun, itu rezeki dari Allah dan berkat usaha kalian yang tak pernah putus asa membikin yang terbaik. Chaiyok2!
5. Utk peserta-peserta lain, jgn kecewa dan putus asa. Jadikan petandingan seperti ini medan unutk berkongsi pengalaman dan ilmu serta ukhuwah sesama kalian. aku juga cukup hepi dapat lepak dan bertemu kawan2 spt Afad (Raihan), Frizdan, Fitri (Perlis), Hafiz Hamidun dan juga cikgu-cikgu SMAPK yang dah lama tak jumpa! Yang penting, matlamat kita sama. Mardhatillah!
6. Insha Allah, kalau ada masa saya akan update utk kongsi apa komen para juri tentang keseluruhan pertandingan kali ini. Sabaq naa!

13.6.09

Jalan2 Cari Makan!

1. Restoran Cheangmai d Sg Buloh dh lama kukenali sejak2 bergelar artis. Rasanya a.mujahid yg perkenalkn padaku.
2. Makanan Siam kt situ mmg ori n kow pnyer! Dgn harga yg agak memadai, boleh la pegi time2 besday or anivesary hihi.
3. Br2 ni aku ke sana bersama Zidan (syifa) dan a.ito (itolara). RM161 utk 3org! Thanx to zidan.
4. Aku suka gak bwk kwn2 g mkn2 meraikan tetamu esp utk kwn2 yg ziarah ke KL.. Nak join?

11.6.09

Festival Nasyid Peringkat Kementerian 2009

bersama DJ Zarita sebagai pengacara
di tepi pentas utama sewaktu peringkat saringan
(1) Tahniah diucapkan kepada kumpulan DG-WA yang mewakili Jabatan Perdana menteri - JAKIM kerana menjuarai Festival Nasyid Peringkat Kementerian. 5 Kumpulan telah layak ke peringkat akhir iaitu DGWA (JAKIM) At-TAqwa (JPM) Al-Zulfa dan Nurani(Kem. Penerangan Komunikasi & Kebudayaan) dan Soutun Nida (Kem. Pengajian Tinggi)
(2) Peringkat saringan telah melibatkan 11 kumpulan.
(3) Juri yang mengadili: Sdr Isman (Hijjaz) Sdr Asri Ubaidullah (Rabbani) Sdr Fadzli (Fareast) dan Prof Madya Asmak (UiTM)
(4) Markah yang diperolehi: DG-WA 83% Nurani 82% At-Taqwa 76%.
(5) Tahniah diucapkan pada para pemenang. Yang tidak berjaya jgn kecewa. Tahun depan cuba lagi ye?

29.5.09

NMI Musim Ke3 Tahun Ke6

1. Gambor di set baru Nasyid Minggu Ini (NMI) utk musim ke3. Alhmdlh pyan n sue msh maintain sbg hosnya.
2. Siarannya masih sama! TV2 JUMAAT 6PG & 2.30PTG.
3. Ada yg cdgkn supaya waktu siaran dipanjangkn jadi sejam n grafik dicantikkan lg. Dlm pertimbangan.
4. Jgn lupa tgk n vote!

28.5.09

Menangislah...

Semua nikmat yang Allah beri hanya pinjaman. Tapi kenapa kita bangga seolah-olah dunia kita yang punya? Bukankah lebih elok kita kongsi rasa dan nikmatnya dengan orang di keliling kita? I found this videoclip last year. Simple je lagu dia, tapi cukup menyayat hati. Menitis airmata bila meniti satu demi satu liriknya. "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah telah engkau dustakan?"

25.5.09

Pertandingan Nasyid

Gambor ni diambil waktu aku menjadi juri pertandingan nasyid Kementerian Kesihatan Malaysia peringkat kebangsaan di Putrajaya. Wakil Sabah telah memenangi kategori lelaki manakala Kelantan untuk kategori wanita. Tahniah!
gambor kenangan waktu jadi MC Festival Nasyid Kebangsaan 2008

20.5.09

Saujana & Inteam!

1. Gambo ni tyme kami pform kt Laman Santai Istana Budaya KL. Sempena pengisytiharan KL sbg kota budaya Islam.
2. Lama x wat sho skali dgn diorang. Tu yg seronok bila dpt jmpa!
3. Saujana lately byk pform secara akustik. Aku suka gak simple mcm tu. Kalu nk tgk, jemputla ye. Insya Allah x mengecewakn!
4. Tp aku pelik dlm pgrm kami ni ada slot Joget Lambak ramai2. Budaya Islam ke?

15.5.09

Johan Nasyid Belia Kebangsaan 2009


1. Ar-Rayyan merupakan nama kedua kumpulan nasyid dari SMKA Maahad Muar. Nama rasmi mereka ialah Izdan. Biasanya nama Ar-Rayyan digunakan untuk marhaban termasuklah nama yang digunakan ketika memenangi Marhaban di Astro tahun 2008.
2. Tahniah aku ucapkan untuk adik-adik aku dari Maahad Muar yang dibimbing oleh Ustaz Zaman. Diorang tak sangka plak dapat Johan Festival Nasyid Belia Kebangsaan. Sebab saingannya sengit.
3. Tambah mengejutkan, Ar-Rayyan turut memenangi Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik dan Lirik Terbaik. Juri yang telah mengadili pertandingan ini adalah Farihin Abdul Fattah, Siso Kopratasa, Aisyah dan wakil dari Kementerian Belia Sukan.
4.Alhamdulillah, aku tumpang gembira dan syukur sangat dapat luangkan masa tengok pertandingan ni.
6. Untuk rekod, ini kemenangan mereka untuk tahun kedua berturut-turut. Alhamdulillah
7. Tajuk Lagu: Azimat Diri
8. Credit Video to ferdowzruqman@youtube

Keputusan Akhir Festival Nasyid Belia Kebangsaan 2009 (Lelaki):
Johan: Ar-Rayyan (SMKA Maahad Muar)- Johor
Naib Johan: Soutul Jihad (SMA Persekutuan Labu) - Negeri Sembilan
Ketiga: Soul Award (SMK Gombak Setia) - Wilayah Persekutuan

Lirik Terbaik: Ar-Rayyan(SMKA Maahad Muar)- Johor
Vokal Terbaik: Ar-Rayyan(SMKA Maahad Muar)- Johor
Persembahan Terbaik: Ar-Rayyan(SMKA Maahad Muar)- Johor

13.5.09

Model Terbaru Nokia?

1. Alamak! Nokia wat sandal plak ke? Leh jalan sambil jwb panggilan or SMS?
2. Haha sbnrnya ni sandal sowang ustz yg dbeli d Mekah. Mgkn org arab saja nk hina Yahudi then buat brand2 yg diletak di kaki!
3. Ntah2 kalau g mekah ada plak sandal2 jenama Starbuck, tesco, mcD dll..

Festival Belia Murni

1. Festival anjuran Kementerian Belia Sukan ni berlangsung pd 8-10mei 09 d Mydin Mall Ayer Keroh Melaka. Besaq gila Mydin tu!
2. Aku bertugas sbg MC/DJ sepnjg 3 hari pgrm berlangsung. Best!
3. Tapi satu perkara yg x best ialah aku kehilangan suara. Teringt 2 thn lps pnah kena mcm ni gak. Sebulan xleh nyanyi!
4. Aku kuatkn semangat utk teruskn jgk walaupn sore x seperti biasa. Thanx gak pd us Asri yg bg SMS semangat.
5. Antara show artis UNIC, HIJJAZ, AISHAH & RAMLI SARIP. Slot upin n ipin pn dpt sambutan meriah esp kanak2! Ni 1st time aku jmpa maskot diorg. Pergh! Besor gila!